Thursday, December 31, 2009

Happy New Year - 2010

Hari ni hari last di tahun 2009. Byk kenangan oooo... Alhamdullillah aku dpt menempuh tahun 2009. Nanti aku cerita la apa yg telah aku lalui sepanjang tahun 2009 k....
so.
.
.
.
.
.
.
"HAPPY NEW YEAR"
.
.
.
"WELCOME 2010"
.
.
.
.
.........

Huish.... kete terbalik

Smlm aku Mr. Suami tgh drive & aku duk syok cokcet cokcet (masa ni time balik keje la weiii).... sampai je traffic light, terpandang la kami kat satu objek di bahagian bertentangan.... "ADA KETE TERBALIK"
Tak caya??? Tgk gmbr kat bawah tu:-

"Ini la rupa kete tu. Rasanya Iswara kot"

Masa kiteorng lalu kat situ yg ada polis traffic je. Mgkn dah lama kot kejadian ni berlaku sbb tu tak de orng yg duk sibuk menyaksikan kejadian ni.

Pg td masa kiteorng lalu jln ni dah clear dah. Anyway, pandulah dgn berhati-hati. Mulakan pemanduan korang semua dgn Bismillahirahmanirahim dan doa (itupun kalu korang tau doa tuk memulakan perjalanan la)...

Tuesday, December 29, 2009

TQ so much... Mazlin

Aku berterima kasih sgt kat Mazlin kerna dia telah menaikkan moral/semangat aku. Trillion thank you to Mazlin....
Nak tau kenapa aku berterima kasih sgt2?
December 25, 2009.... Mazlin & family dtg rumah aku.
Yang membuatkan aku tq sgt kat dia.... sbb dia telah menaikkan smgt aku. Orng & kwn2 selalu ckp aku itu la ini la sbb tu lom ada bb. Tak pandai la... byk lemak la, gemuk la dan mcm2 lg la. Ada yg suruh aku gi minta ubat la, mkn ubat tu la, ini la dan mcm2 lg la. Aku sampai naik bosan & meluat.... sampai marah & tension sgt.
Tapi selepas jumpa Mazlin semuanya berubah. Mazlin yg bg moral support selain Mr. Suami la. Dia kata jgn dengar ckp orng. Semua tu dtg dari Allah SWT. Mmg aku tau semua tu dr Allah SWT dan aku percaya yg suatu hari nanti aku ada anak sendiri...Insya Allah. Tp mulut orng lain buat aku tak tahan. Alhamdulillah, sampai hari ni aku still mcm biasa... buat cara conventional dan aku tak berhenti berdoa. Aku tak pernah amik ubat apa2 since doktor said aku normal. Nothing to worry about.... Mr. Suami pun senang/hepi sgt tgk aku ada kwn mcm Mazlin.
Mazlin pun mcm aku... berisi a.k.a gemuk la... aku mengaku aku gemuk. Lepas kawin je period aku tak stabil... sama mcm Mazlin juga. Tp tu la rezeki Mazlin kat anak Alhamdullillah... dah 2 anak dah dia. Sape kata orng gemuk & period tak stabil tak leh ada anak??? SAPE KATA??? Semua tu urusan Allah SWT bkn manusia hokey...
Thanks to Nenek Usu juga sbb buat aku hepi masa dia tanyakan bb "Shima dah ada isi?" Aku jawab "belum lg." Nenek Usu jawab apa tau tak :) "Alhamdulillah... takpe honeymoon dulu." Huhuhu... tak de sape pun pernah ckp ALHAMDULILLAH bila aku ckp belum ada isi lg. Kebanyakan orng selalu ckp.... tak try BIODEK tu la ini la... Yang paling buat aku mrah bila orng ckp... tak pandai tu, kena belajar dgn simpulan tu... cpt je dia dpt anak... Hark... tui la... biasanya aku jawab... tukan urusan Allah bkn kite yg tentukan.... SENYAP diaorng...
Oklah.... membebel panjang lak aku ni....
Apa2 pun... tima kasih sgt kat Mazlin yg sudi dtg rumah & seronok borak dgn awak... Thnx for the moral support.

Monday, December 28, 2009

Ijal's wedding

27 December 2009, Majlis Persandingan Ijal di Felda Ulu Dengar.
Emak, Angah, Ayang & Eman awal2 dah pergi ke rumah Makcik aku. Tp disebabkan urusan yg tak dpt dielakkan + kerja, aku & Mr. Suami decided tuk pergi 27hb pg. Lebih kurang pukul 10 am lebih kami bertolak. Seronok ikut jln biasa daripada ikut highway sbb tak byk kenderaan. Lgpun masa sama je dgn highway.
Tgh hari kami pun sampai dlm keadaan perut yg sedang berkerongcong. Mkn dulu... Pukul 2 pm, gi teman pengantin lelaki ke rumah bride lak. Tak lama pun kat rumah bride. Yang kelakarnya... semua orng dah balik tuk majlis persandingan di rumah lelaki, aku & family duk sibuk mkn nasi ayam kat rumah bride..... hahaha..
Lepas mkn, cpt2 balik ke rumah groom lak. Nasib baik kami sampai diaorng baru nak berarak.
Pukul 7 pm lebih aku, Mr. Suami & Angah berangkat pulang ke JB.

P/S:-
Makcik Jah & family: Tima kasih byk2 jemput gi majlis + tima kasih bg bakul tu. Leh guna akan dtg tuk gi sepital...hahaha.

Emak: Sorry tak sempat nak balik kmpg. Lgpun kalu balik emak takde kat rumah. Nest tu week kot baru nak balik.

Ijal & wifey: Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia sampai ke Syurga. Jadilah suami & isteri yg mithali.

Layan pics kat bawah okey:-
"Selamat Pengantin Baru"


"Di sekitar majlis"

"My life & love"


"Kesian... Mr.Suami yg kepenatan... tido dlm kereta lg"

"Ada gaya seorng ibu tak?"

Hampir 4 tahun tak jumpa

Aku tak keruan....
Call & sms yang aku terima dari Mazlin pada 23 December buat aku hepi + sedih. Happy sbb dia nak turun JB & nak dtg rumah aku. Sedih sbb takut tak leh dtg rumah & tak leh nak jumpa la kan sbb hubby keje + ada hal + my consin's weeding. Uwaaaa....
Alhamdulillah... lepas discuss dgn Mr. Suami, capai la persetujuan yg menggembirakan. Mr. Suami siap nak apply cuti lg... half day je la sbb 25 December... org semua public holiday, dia kena kerja. Jd... amik la cuti half day.
25 December 2009, Mazlin & family pun sampai. Tgh hari dia sampai. Alhamdulillah sempat juga aku masak. Aku masak gulai ikan keraing + nenas (ala utara), sambal udang + petai, kacang buncis + telur dan ikan kembung goreng. Tu pun kami mkn lepas solat Jumaat... kalu mkn before solat Jumaat, kang terlepas solat Jumaat lak.
Ptg lak. kami jln2 la kat Puteri Harbour & Bandaraya JB. Hari hujan... nak gi jln2 pun susah + dah nak mlm. Lgpun mazlin nak gi umah abang dia pula. Tp aku hepi sgt ari tu... Mr. Suami pun hepi sgt....
Aku suka anak2 dia.... bijak sgt. Baru umur 2 tahun dah tak pakai lampin pakai buang. Tido mlm pun tak perlu pakai. Malam bangun sendiri tanpa kejut parents dia tuk gi shishi.... wah... Ckp pun pandai... pendek kata semua pandai la...

"Inilah family Mazlin"

"Gambar terbaru Mazlin & family"


"Me & Mazlin's family"


"Mazlin & me"
"Mazlin & her daughter: Amirah"


"Mr. Suami & Mazlin's son: Danish"

Mazlin: Thanks sgt sbb sudi dtg rumah. Next time turn kite lak turun Gemas. Mazlin dah janji nak bawa gi jalan2 Melaka.

Mr. Suami: Thanks sgt sbb sanggup amik cuti half day semata-mata tuk layan tetamu a.k.a. kawan saya. I love u so much.

Genap 4 tahun

Yay yay!!! 24 December 2009 genap la 4 tahun kami couple. Kami declared sbg pasangan kekasih pada 24 December 2005. Ni la 1st time aku bercinta.... manisnya bercinta. Alhamdulillah.... sampai hari ni cinta kami masih bersinar dan makin mekar. Orang kata makin hari makin cinta.
So, petang tu lepas balik keje Mr. Suami terus bawa aku gi bandar. Hmmmm... byk nostalgia di sini. Walaupun masa dulu kami hanya naik bas je.... tp byk kenangan oooo. Kami jalan2 kat tempat masa kami mula2 jumpa dulu. Mkn kat tmpt kami selalu makan....hmmmm.... asyik bangat...

Thanks so much kat Mr. Suami yg bawa aku jln2 & thnx for the present... I like...
"We're in L.O.V.E"

Thursday, December 24, 2009

Kecoh (Nenonenoneno....)

Tgh duk syiok aku prepare surat tuk courier cek kat supplier/creditor, tiba2 ada polis port masuk bilik Senior Exec... Aku ingat pasal kes smlm (kes yg tak berapa aku tahu dan malas nak amik tahu). Tp sangkaan ku meleset sama sekali, rupa-rupanya ada budak kena kaki tersangkut kat reach truck "Awe... Awe... kaki dia tersangkut kat forklift". Ya Allah... Istagfirullah Hal a'zim.... Terkejut kami yg duk kat opis ni. Bergegas la ramai2 gi warehouse tuk tgk kejadian malang tu. Kat pale hotak dah pk mcm2 dah. Bila gi tgk... ngeri juga la, ada darah duk menitik lg tp tak la teruk sgt....
Tahun lps ada budak meninggal kena hempap forklift. Taknak benda mcm ni berlaku lg kat tmpt keje aku... Takut....
Nasib baik ambulance dtg cpt. Gi klinik PTP dulu, lps cek tgk jari kelingking kaki dia patah terus gi HSA. Insylah, lps balik keje nak gi melawat dia kat sepital....
Tak nak cite byk, tgk gmbr kat bawah baru korang tau teruk ke tidak....
"Ni la reach truck yg dia naik tu"

"Kat atas pallet ni dia berdiri.. nmpk tak ada kesan tapk kasut tu"

"Kat tiang tu dia berpaut"

"Kat roda tu la kaki dia tersepit"



"Sampai mcm ni sekali kasut dia... dlm kasut ada besi tuh..."


"Ni la rupa kaki mangsa, gmbr yg sebelah kanan atas tu... darah duk menitik tau"

"Mangsa ditenangkan oleh En. hairul"

"Ambulan pun dtg... ambulan ptp je"

"Mangsa diangkat ke dlm ambulan tuk gi sepital"

"Polis ptp menyiasat di tmpt kejadian"

Wednesday, December 23, 2009

Aku takkan lupa

Teringat nostalgia lama. Fanatik giler aku dgn "BSB" ni. Tuk yg tak tau apa "BSB", BSB ni ada Backstreet Boys. Aku ni minat giler dr sekolah menengah dulu lg. Hmmm... sdp giler lgu dia. Encem2 lak tu. Nick la yg paling aku gile-gilerkan dulu. TU dulu la... skrg ni...ooooo tidak. Aku dah ada orng y paling aku syg... Mr. Suami la. Tp aku still la minat BSB ni. Aku ni siap ada buku scrap pasal BSB ni. Tp buku ni ada kat umah mak aku. Tak leh nak buktikan. Kalu aku dah minat.... apa pun leh jd. Aku ada full script Harry Potter & The Prisoner of Azkaban lg (lari tajuk sikit). Semua tu aku dah simpan tepi. Skrg aku ada minat lain. Minat yg leh berkongsi dgn hubby....hahaha.

Layan daaa....

P/S: nak letak video tp tak reti cane...huhuhu

Saturday, December 19, 2009

Mesin basuh ohhh mesin basuh

Lagu baru ke??? Sekali dgr mcm tajuk lagu. Tp bukan daaa... Ni gara2 mesin basuh aku yg buat hal la. Spin la buat pasal... leh pulak dia buat bunyi kuat... mcm marah je mesin basuh ni. Aku ni kira rajin la juga basuh baju... 2 hari sekali. Kalu hari kerja biasanya Mr. Suami la yang basuh... Alhamdulillah... rajin la juga Mr. Suami ni ( kredit kat syg ni, tp tak nak puji lbh2 nanti u kembang lak).
Tu la... pale hotak aku ni duk pk mesin baru & duk pk duit yg bakal keluar... sedey...
Tp lps dinner je... Mr. Suami pun buka tool box dia.... hahaha... siap la mesin basuh kena operate... Ooooo... angsel dia lari rupanya... terkehel... sian dia. Alhamdulillah... siap juga mesin basuhku... no more bunyi bising... dah kembali normal...
Awww... thnx to Mr. Suami yg pandai lg bijaksana tuk betulkan semua problem rumah tanpa mengeluarkan duit yg byk tuk upah orng.... Syg awk...
Mesin basuh elok, duit pun selamat.

Rajin or Bosan

1 Muharan 1431H adalah public holiday. Tp ada sesetangah company swasta tidak declare ia sebagai public holiday, contohnya company Mr. Suami. Kesian Mr. Suami...huhuhu. Alhamdulillah, company aku cuti....merdeka.
Cuti tak la seronok sgt tanpa Mr. Suami disisi, tp Alhmdulillah la juga sbb aku dpt mengemas rumah dan buat apa yang patut di rumah. Sebab tak byk sgt kerja rumah + ahad ni cuti, aku pun amik kesempatan tuk tido balik selepas Mr. Suami pergi keje. Mak aiii... lambat la juga aku bgn... rugi... rugi... masa. Menyesal pun ada, kalu la ku penuhi waktu tido tu dgn membaca or mengaji kan bagus. Lps ni tak nak buat lg... Sbb akan dtgkan kita akan tido panjang....huhuhu.
Aku pun menghempas pulas kemas rumah, mop lantai. cuci baju.... tup tup... time nak keringkan baju.... ada bunyi yg kurang menyenangkan... KUAT GILER BUNYI TU.... Dpt la separuh masa tuk keringkan baju (mesin basuhku semi auto hokey). Tp Alhamdulillah la dpt juga basuh baju dgn cpt. Kat otak aku duk terpk mesin basuh baru... mcm nak beli yg auto je...hehehe. Tp aku pun call la Mr. Suami, habaq kat dia yg mesin basuh tu ada problem. Dia ckp balik nanti dia tgk...
Lebih kurang kul 3 lebih... tanganku mcm gatal lak... mcm nak buat kek la. Hmmm.. aku tgk bahan2 tuk buat kek ada lg la... Aku pun excited tuk pukul telur (pkul secara maual tau...guna tangan) sambil tgk cite Indon kat tv... cite tuk tak sedih tp mcm wah.. bolehkah aku jd mcm tu?? Nak bakar kek, kena bakar 2 kali sbb adunan dia byk la juga + niat kat hati nak hantar kat jiran sebelah juga. Sambil bakar kek sambil masak.... Alhamdulillah sempat aku masak & sempat siap kek aku. bercegas ke bilik air tuk mandi, pahal kul dkt2 kul 3 td dah mandi. Tp nak sambut suami pulang punya pasal... takpe....hehehe. Sempat mandi dan berhias diri... Mr. Suami pulang, hatiku girang...hehehe... Minum ptg bersama. Kek chocolateku.... Adunan yg bulat ku simpan & yg empat segi ku bg jiran sebelah... Ah Yong & wife.
Tu la nak kata bosan, tak bosan.. nak kata rajin pun tak rajin... Bosan la buat aku rajin kot... rajin la buat aku tak bosan...hehehe... Apa aku ckp daaa....

1 Muharam 1431H

Selamat datang kepada 1431H. Alhamdulillah... syukur kepada Ilahi, dpt jugaku jejak kaki ke 1431H. Tahun baru, azam pun baru. Alhamdulillah juga sbb aku & Mr. Suami sama2 dpr membaca doa akhir dan awal tahun bersama.
Azam tahun ni nak jd yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku nak tingkatkan ibadat kepada Allah. Aku nak bykkan solat sunat, nak bykkan mengaji dan nak bykkan puasa... Insylh. Tugas sebagai tidak ku lupa. Aku nak jd isteri yg lebih baik... Insylh. Tp segala-galanya ku serah pada yg Maha Esa. Tahun ni juga aku nak bykkan senyuman. Nak sedekah senyuman. InsyaAllah... aku harap semuanya berjalan lancar. Doaku agar sinari kebahagiaan rumah tanggaku dgn kasih sayang & rasa cinta kami kepadaMu sampai bila2. Kuharap aku dpt menempuh tahun baru ini dgn rasa penuh kesyukuran & sabar dlm apa jua dugaan yg mendatang.... Amin
Aku bersyukur dengan apa yang telahku miliki dan apa yang telah kuhadapi/tempuhi sepangjang tahun 1430H.... Alhmdulillah.

Wednesday, December 16, 2009

Si Baju Biru Berkampung di Tempat Kami

Ni sambungan dari kisah "Amukan Si Penakut". Disebabkan amukan geng si black ni la, maka pihak polis berkampung di kawasan tampat tinggal aku.
Esoknya, 9/12/09, aku & Mr. Suami turun ke car park, kami terkejut tgk ramainya polis. Balik keje pulak, aik... ramainya polis lg + nape rukun tetangga siap paki uniform, mcm ada meeting je. Mr. Suami lak part of rukun tetangga, so apa lg... dia pun join la dgn uniform keje dia. Rupanya kes amukan geng si black tak habis kat situ. Ada khabar angin mengatakan diaorng nak buat rusuhan, takut jd seperti rusuhan kat Pasir Gudang je. So, polis decided tuk mengawal kat tmptku selama seminggu. Alhmdlh.... lega rasa hati, ada orng jaga 24 hours. Rasa safe sgt. Nak gi keje nmpk muka polis, balik keje nmpk muka polis.... hehehe.... Mr. Suami nak buang sampah tgh mlm pun aku tak kisah...

Amukan Si Penakut

Cite ni mcm dah basi sbb dah seminggu berlalu. Kejadian tu berlaku pada 8/12/2009. Kejadian apa..... nak kata mengamuk, mcm bukan mengamuk, tp mcm mengamuk pun ada. Masa tu dah dekat pukul 12 tgh mlm dah... Baru je selesai solat Isyak... aku dgr kecoh2 kat luar. Mr. Suami pun apa lg... excited tgk luar. Padahal Mr. Suami tak sihat & baru bangun dr tido. Kecoh2 tu mkin menjadi-jadi... berlarutan sampai mereka menahan kereta yg lalu lalang. Yg membuatkan aku kelakar, Mr. Suami yg tak sihat, terus jd sihat...hahaha...
Masa aku ke dapur, dari tingkat dapurku, daku dpt melihat seseorng sdg menahan kereta Myvi yg sedang lalu "BERENTI". Tp Myvi buat tak tau je. Marah siot.. Apa punya orng la.. Yang buat hal ni geng BLACK tu la... sape lg..
Aku dgn jiran2ku... jiran2 ku, hanya aku je Melayu yg duk kat tingkat atas. Hehehe... kami pun ramai2 tgk dari atas. Nak turun takut pulak, sbb tgh si black tu tgh mabukkan, takut jd yg tak diingini lak. Ah Yong, jiran sebelahku, siap telefon polis... bkn dia sorang je, ramai lg yg call polis.
Rukun tetangga pun apa lg... lantas mengambil tindakan sbb polis lmbat sgt. Siap dgn kayu lg... Tp geng si black ni mcm takut je... kelam kabut naik atas. Ishk... geng si black ni turun balik dgn helmet masing2. Mak aiiii... diaorng baling helmet kat rukun tetangga. Rukun tetangga lak dah standby kayu. Lps baling helmet... naik atas balik.... haaaa... takut. Habis motor2 geng si black ni kena pukul dgn kayu2 tu.... hancurss.... Hatiku risaukan kereta yg parking di bawah... walaupun amukan geng si black ni berlaku kat blok lain. Nasib baik kereta takde yg rosak tp yg kemek sikit2 tu ada la... Alhmdlh... kereta kami takde apa2.
Tak lama lps tu, polis pun sampai... ramai gak polis yg dtg. Ni yg kelakar sgt ni. Dari blok ku tinggal mmg nmpk clear la kejadian yg berlaku tu. Bila polis smpai je, geng si black ni berlari lintang pukang masuk rumah, siap kunci pintu & tutup lampu lg. Mcm mana pun tak leh tipu polis. Polis siap ketuk rumah diaorng... "BUKAK PINTU"...
Time polis sampai barulah aku bg Mr. Suami turun bawah tuk tgk dgn lebih dkt. Aku siap pesan jgn lupa amik gmbar tau... Tak bg turun awal sbb bimbangkan keselamatan.. Syg ooiii...
Rupa-rupanya... polis duk sibuk kat dpn, ramai dah lari ikut belakang. dr level 2, diaorng terjun ikut laundry area.... huhuh... Ni pun wife Ah Yong nmpk + Auntie merah pun tgk gak.
Alhmdlh... settle gak kes tuk ari tu dgn hasil tangkapan adalah 4 ke 5 orng... Hanya satu masalah je, mata yg mengantuk telah terang kembali... Dah pukul 2 pg pun tak leh tido lg...
Geram dgn Mr. Suami sbb takde satu gmbr pun dia amik... malu katanya.... sob sob...

Wednesday, December 9, 2009

nak buat ke tak

Ishk....... hmmm... nak kena bank in ke tak?? Pening kepala otak. Ni pasal customer tmpt keje aku la (cannot mention nama la). Dia bg 2 cheques dated 30 November 2009, tp suruh hold lak. Dia ada la bg surat suruh hold dulu. Tp dlm surat dia takde la tulis bila leh bank. Yang ada tulis pun cuma pasal bila dia dpt fund....hmmm... boss aku ni suruh bank in hari ni lak... tp aku suruh confirm dulu... pastu boss aku ni diam lak. Mcm mana ni. Kalu aku nanti dulu la baru bank in. kesian lak kat diaorng kalu chq tu bounce. Mmg la tak effect akaun tmpt aku keje. Tp cian la... kalu2 akaun diaorng black list lak...
Kalu la boss kata aku ni tak ikut arahan.... aku buat pun tuk kebaikan company aku gakkan??? Entahlah... buat salah, tak buat salah.... nanti kalu apa2 aku gak.... BENCI..... Ni yang kadang kala membuatkan aku tefikir tuk cari keje lain. Dah la semua aku kena buat... tp aku buat gak walaupun kadang2 hati marah..... SABAR je la....

Thursday, December 3, 2009

Berita Tergempar

Terkejut menerima panggilan telefon pg td. Kak Liah telefon.... huish... susah nak telefon aku. Aku ingat dia nak tanya pasal emak yang masuk sepital... rupa-rupanya !^&! *!&% %!*^&($ )&(*$. WHAT????? Apa yg pernah kufikirkan telah menjadi kenyataan. Bukan ku berdoa tuk benda tu menjadi. Aku selalu berdoa tuk tidak menjadi. Karam Singh Valia kata "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
Aku pun tak tau mcm mana nak tolong. Sikit2 boleh la. Itupun saving emergency. Mmg aku kena bantu sbb aku berkait rapat dgnnya. Tp masalahnya kenapa aku tak rasa sedih langsung??? Mcm takde apa2 berlaku je padaku. Pelik juga... no feeling at all.
Yang nak buat aku marah sgt2. Mana pergi sedara-mara yang selalu minta tolong dgn dia. Ooooo... masa dia senang, korang semua minta itula inila... time dia susah semua tak pandang. Takkan sikit pun takde.... Dia susah mcm manapun tetap bantu. Sampai barang keperluan orng pun dia tolong jaga. Sampai hati diaorng. Aku & keluarga aku kat sini dah kira orng terbuang tp still ada hati nak tolong walaupun aku takde feeling. Tp tu kira ada feel juga la kan????
Kenapa diaorng mcm ni ek?? Aku bg suggestion minta sorang sikit, tp Pak Su kata... malu la nak heboh-heboh. Nak tolong ke tidak ni??? Adik beradik ramai + sedara pun ramai, apa salahnya mite contribute sorang sikit. Aku tak tahu mcm mana nak tolong....
Ya Allah, berikanlah hambamu petunjuk. Sesungguhnya Kau maha mengetahui segalanya, berikanlah hambu petunjuk... amin..

Masuk Wad

Ntah la...
Hari Selasa, 1 Dec 2009 aku ada telefon emak lebih kurang pukul 4 pm lebih. Mak kata dia tgh nak bersiap tuk ke Hospital Kluang. Itupun doktor yang suggest & suruh emak ke bahagian emergency. Bknnya emergency tp dia suruh pergi after office hour. Emakku kalu boleh dia nak pergi hari Jumaat, bahagian sakit puan, tp doktor dah suruh nak buat mcm mana, sbb hari Jumaat terlalu ramai orang.
Nak dijadikan cerita, ibuku kena tahan ward. Terkejut aku. Tapi buat masa ni tak tau lg apa sakitnya. Cuma "period pain". Emak ckp doktor nak bg MC je tp emak bgtau doktor kalu MC kena tolak gaji sbb sick leave emak dah habis. Kalu hospitalized tak kena tolak la sbb hospitalized cover for 60 days. Tu la reasonnya. Tp kalu ulang alik pun susah jugak sbb rumah emak agak jauh dr hospital. Sama la jugak sbb adik aku ulang alik tgk mak kat hospital. Aku dgn Angah je yg belum balik lg... Hati mmg nak balik, tp annual leave dah abis + skrg ni bln 12, audit lak 4 Jan 2010 (according to auditor). Aku rasa mcm anak kurang ajar pun ada... Sampai hati tak balik tgk emak. Tp emak tak bg balik..... Dlm dilemma ni....