Thursday, April 29, 2010

Geramnya!!!

Semalam hari yang tak best. Mana taknya.... aku pun tak tau nak ckp mcm mana. Memang aku nak blah dah pun dari opis ni, tapi aku bkn la jenis yang pentingkan diri sendiri. Kalu aku pentingkan diri aku sendiri, hmmm malas aku nak sibuk2 advertise 'job vancancy' kat Jobs Malaysia. Lagipun bukan keje aku. Tapi aku buat juga sbb aku risaukan company ni, aku sayang company ni. Aku tolong & berjaya tuk waivekan charges yg staff kena tanggung sebanyak RM5. Takde sape pun ckp 'tima kasih" kat aku. Aku tak minta pun orng ckp tq kat aku. Tapi aku puas hati sbb berjaya waivekan benda tu. Masa ada charges tu semua orng sibuk & mcm marah la 'nape kiteorng kena tanggung benda tu?" Bila dah waive takde lak orng buka mulut... Anyway aku bkn nak ckp benda ni.
Just nak tulis kat diari kesygan aku ni pasal benda yg aku tak puas hati. Nama pun diari, suka hati aku la nak tulis apa.
Smlm leh lak aku bertekak dgn ehem ehem pasal staff benefits la. I can smell something wrong about it and i feel it's unfair for us. Akukan nak blah... nape aku sibuk2 fight tuk staff lak. Well aku cite la bla bla bla bla... itu ini..... Tapi si ehem tu tak puas hati. Nak menang dia je. Lagipun ehem tu panas baran. Tapi masa dia tumpang aku balik dulu siap cite kat Mr. Suami about our company. Mr. Suami pun terkejut nape dia leh cite kat Mr. Suami sbb Mr. Suami considered as orng luar & bukankah info company suppose to be confidential. Ehem ada ckp yg dia pun rasa HQ ni mcm tak fair... see what he said... Smlm bila aku cite je melenting nak pertahankan HQ. Aku ada ckp... benefits yg HQ dpt staff kat sini tak rasa... benda buruk HQ hantar sini... ceh...
Apa yang paling mengejutkan aku smlm adalah perkara yg aku mmg terpk, tapi leh kuar dari mulut dia. Sepatutnya dia as org besar tak leh nak sebut perkara mcm tu. Nmpk mcm tak professional pun ada... Kalu dia baca ni mesti melenting la... Tapi aku tau dia tak baca blog.... Macam2 org kat dunia ni. Aku hope sgt benda yg disebut tu tak terjadi la.... Kesian orng2 kat sini...

Monday, April 26, 2010

Cite hantar check up & interview

Hari ni hujan lebat sgt plus kilat sabung menyabung lagi. Tapi itu bukan topic untuk aku ceritakan.
Tadi aku dah pergi hantar result medical check up kat Coluimbia Asia. Aku pas pada receptionist je. Pastu aku kuar dan terus Mr. Suami dtg. Baru nak masuk kete, ada orng lambai aku lak. Orng panggil aku la. Aku pergi kat orng tu dan dia terus perkenalkan nama dia sebagai Hamiza. Hmm... daripada pertemuan pertama, Alhamdulillah, dia nmpak baik, peramah & sesuai sgt tuk berkawan. Senang bergaul la. Dia suruh aku masuk awal but unofficial la. Katanya nak ajar aku pasal operation kat sini. Well, aku tak kisah la sbb last date aku kat sini 13/5, so 14/5 aku dah leh belajar sikit2 kat sana... So, tak dpt la rehat kat rumah... hehehe. Dia kata 17/5 tu mmg tarikh pembukaan Columbia Asia. So, maybe quite bz la on that date kot. Aku no hal & Mr. Suami pun no hal...
Ini cite lain pula.
Tadi aku dah interview sorang candidate. Fresh graduate weiii... Tak ler demand tinggi sgt mcm kebykkan fresh graduate yang lain. Dia kata... dia baru abis belajar pengalaman pun lom ada, sebab tu minta byk tu je. Budaknya nmpk mcm senang bekerja, tak ego, mcm nak belajar tuk pengalaman, tidak terlalu bergaya. Mungkin student account kot, daripada pengamatan aku, student account ni sempoi. Simple je... nmpk comot sikit tp kerja tip top... hahaha... mcm puji diri sendiri lak....
Well, sok ada lg nak kena interview orng... Aku yg nak blah ni pun rasa risau pasal keje kat sini. Orng lain nmpk mcm biasa je... tak risau ke weiii... Ishk ishk....

1st try

Disebabkan aku ada masa lagi 3 weeks before aku start keje di Columbia Asia, so smlm Mr. Suami dgn excitednya umumkan sok (iaitu pagi ini) we all kena bertolak awal sedikit iaitu kul 7 am dari rumah ke tempat kerja. We all tak lalu jln biasa (Mutiara Rini - Lima Kedai - Gelang Patah - PTP), tapi we all lalu Mutiara Rini - Sutera Utama - Nusa Bistari - Bukit Indah - PTP. Selama semgu we all akan lalu Bukit Indah. Esok we all try route lain lak. Nak tgk mana yg lebih cepat. Td pun cpt juga sampai PTP. Aku akan jd pekerja dedikasi sbbnya.... aku sampai awal dan balik lmbt... dedikasikan???
Hari ini kul 12 pm, aku dgn Mr. Suami akan ke Columbia Asia....hehehehe... nak hantar result medical check up. Aku dpt rasakan Mr. Suami orng yg paling hepi semenjak aku dpt offer kerja di sana. Tp dia pesan kat aku "sebenarnya byk cabaran yg sedang menanti aku di sana". Aku harap sgt itu adalah tmpt kerja aku smpai aku pencen... Insylah. Kalu dpt goverment... hmm akan dipertimbangkan. Mana ada orng suka berpindah-pindah tempat kerja melainkan ada sebab tertentukan??? Pk la sendiri...

New hair

Huhuhu.. mcm mana aku leh terjebak tuk buat rambut aku jd curly ni??
Dah lama terbuku plus Mr. Suami mmg izinkan. Lgpun tuk dia juga. Well, dia pernah menyuarakan tuk melihat aku berambut panjang. Alhamdulillah, impian dia untuk melihat aku berambut panjang terlaksana. Tak sampai 2 tahun pun rambut aku dah panjang. Cepat la pulak. Padahal selepas kawin 2 kali aku suruh Mr. Suami potongkan rambut aku.
So, kali ni aku buat curly lak. Alhamdulillah, Mr. Suami suka dgn rambut aku. Lgpun dia yg beriya-iya bawa aku ke salon dan dia serta adik2ku sanggup menunggu sampai rambutku siap. Tq semua dan tq to Mr. Suami kerana sudi membayar.

Thursday, April 22, 2010

Macam sama je

Hmmm... Mcm sama je.
Ini adalah email corporate culture yg dihantar oleh seorng rakan kpd aku.
Carton ni telah menarik hati aku.
Nak tau kenapa?? Sbb aku rasa sama dgn apa yg berlaku kat tmpt keje aku skrg.
Aku ni pulak tanpa segan silu telah forwardkan email ini to my manager.
Nak tau apa reaksi dia??? Dia leh ckp mcm ni, "shima..... corporate culture tu... hahahaha.... betul la..."
Mcm tu reaksi dia. Maknanya mmg dia admit la company aku mcm tu.
Mr. Suami pun ckp "kenapa company awk mcm tu eh?" Bila orng nak resign je baru nak upkan gaji. Sama ler dgn yg aku alami skrg ni. Tapi sudah terlambat... Bila nak resign baru org nak hargai... sorry la...

Tapi sebenarnya aku sgt suka kerja kat sini. Gaji tu aku tak kisah.. aku bersyukur sgt dgn apa yg aku dpt. Kwn2 kat sini pun ok.. baik2.. senang hati nak berkawan. Scope kerja aku... ok la. Tak pressure la. Tapi yang membuatkan aku sedih sgt adalah pihak atasan or management kat sini. Dah la CEO takde... mcm takde tmpt mengadu gitu.... Mengadu pasal kerja la.... Takde CEO, maka dgn gembiranya HQ take advantage ke atas subsidiarynya....

Wednesday, April 14, 2010

Another call

Semalam aku & Mr. Suami happy sgt. Mr. Suami excited & bersyukur sgt aku dpt keje kat situ. Katanya dia tak putus doa agar aku dapat keje kat sana.
Semalam tgk aku & Mr. Suami tgh kusyuk tonton tv, aku receive call dari sape ntah. Dia nak offer aku keje kat company dia. Apa yg aku suka, company tu dekat sgt dgn rumah aku. Jalan kaki je pergi keje...hehehe. But aku interested sgt nak keje kat Columbia Asia jd aku tolak. Kalu aku tak dpt Columbia Asia... aku amik kot.
Apa yg nak dijadikan cite kat sini..... it looks like the history is repeated. It happened to me 3 years ago. Sebelum aku dapat offer, aku mesti sakit. Sama la skrg ni. Pastu aku baru je terima offer tuk keje kat MLSB, then Jalen call offer aku keje. Sama la mcm skrg. Aku bru je accept offer Columbia Asia, pastu company construction tu call aku. Alhamdulillah.... rezeki. Terima kasih Allah...

Tuesday, April 13, 2010

A CALL

Smlm lebih kurang dkt kul 12 aku terima a call from number yg aku tak kenal. Leh pulak tak nak angkat. Ye la... bkn apa, kekadang aku dpt call dari orng salah nombor pastu leh lak menggatal. Lg satu aku terkejut sbb line KL. Aku ingat Hot FM... Kelam kabut punya pasal sbb tak tau nak sebut apa. Padahal senang je ... ini panggilan hangit ke? Terus lupa. Aku nekad je la jawab hello. Baru tekan answer... dia pun letak. Pastu tak call balik lak tu.

Aku pun bersungguh-sungguh search no tu kat internet... hmmm gagal. Akhirnya aku amik keputusan tuk call balik number tu. Sekali aku tanya kat mana, dia jawab... COLUMBIA ASIA... Terkejut beruk aku. Menyesal tak jawab. Pastu terus jd tanda tanya sbb aku ada apply keje kat sana, aku dapat ke keje kat sana??? Aku tak leh duduk dah ni... aku + Mr. Suami punya advice, aku terus call balik dan ckp dgn HR. Malangnya HR tu half day. Kena la tgu esok.

Keesokkan harinya.....

Pagi2 aku dah gelisah kat opis. Tgu call dari Columbia Asia takde la pulak. Jam kat pc dah kul 10.30 am. Aku amik decision, amik handphone, keluar and call ckp dgn HR. Aku introduce nama dan dia ckp aku selected tuk keje kat Columbia Asia Hospital, Nusajaya. Offer letter dia courier together with medical form. Dia ada nyatakan salary aku sekali... terkejut dan bersyukur sgt sbb lebih dari jangkaan aku. Alhamdulillah... terima kasih Allah. Terima kasih gak tuk Mr. Suami & emak yg putus2 doakan tuk aku. Aku mula bertugas pada 17/5/2010... Insya Allah.
So, hari ni 13/4/2010 aku dgn rasminya telah menghantar surat resign dan automatic aku punya nama terkeluar dari senarai tuk pegi family day & bonus. Takpe tu bkn halangan tuk aku pergi tmpt baru.
Apa yang penting sekarang ni aku kena kuat semangat, kena settlekan kerja aku, kena buat properly handover dan kena ajar orng baru.

Saturday, April 3, 2010

Last Day Bersama

Ni kiranya hari2 terakhir bersama En. Hairul (Senior Executive) kat MLSB lah. Sorry la sbb lmbt sikit update. Last day En. Hairul pada 30 March 2010. So, we all buat la sedikit mkn2 kat opis. Order pizza jea.... bekerja dgn En. Hairul... Alhamdulillah...best... takde masalah apa2. Sekrang ni dia dah takde....hmmm rasa sgt la kehilangan dia sbb aku senang berurusan dgn dia. Apa2 masalah keje aku suka rujuk dia... Anyway, hope tmpt baru memberi lebih manfaat & kemajuan tuk En. Hairul. Aku malas nak celoteh panjang2... layan je la gambar kat bawah nih...

"Jejaka MLSB yg meletop...ke ba boom"

"Cikgu dan murid2 sepastik"

"Ciri2 untuk memberi hadiah kepada pekerja berjaya"

"Penunggu MLSB yg setia"

"Perut kenyang hati pun girang"

"CEO yg paling depan tu"

"Nasi lemak kopi O"

"Jgn lupa baca doa... aku tau ada yg lupa kot"