Saturday, February 27, 2010

Kesian kat dia...

Ni sebenarnya kes semalam la... apa kes?? Ikuti kisah lanjut:-
Semalam lepas Maghrib aku dan Mr. Suami kuar gi Maidin tu beli barang-barang dapur. Before ke Maidin we all singgah kat D'apotic Farmasi (maaf ye kalu salah eja)...ngenge... Mr. Suami and his siblings dah discuss tuk beli wheel chair kat parents diaorng. Lepas dah pilih wheel chair yang berkenan di hati, kami terus ke Maidin. Dah habis shopping.... tiba-tiba Mr. Suami bersuara lapar.... Terkejut aku sbb kul 7.15 pm we all had dinner... Takpe, bagus gak... leh aku melantak ice-cream..hehehe. Lepak kat restoran dpn Maidin, Mr. Suami order sate & air. Pastu gi amik kete yg nun jauh di sana. Sambil makan, sambil berborak. Tiba-tiba dtg budak minta sumbangan... we all dah ready la sumbangan yang tak seberapa tp ikhlas tuk budak tu. Rupanya nasib malang telah menimpa budak tu. Ada sebuah meja terdiri dari 2 orang lelaki dan seorng wanita (orng yg berniaga kat restoran ni)... boleh diaorang tahan budak ni. Aku dan Mr. Suami memerhati je dari jauh begitu juga orng dgn orng lain. Si wanita ni diam je la, tetapi yg 2 orng lelaki ni sibuk mcm penguatkuasa la konon. Aku geram je tgk... nak kata mcm penguatkuasa, tak mcm langsung. Nak kata ahli masjid... lg la... jauh panggang dari api. Bukan la aku nak mengumpat 2 orng tu tp rasa tak puas hati... budak tu buat keje ikhlas tuk bantu sekolah Tahfiz... apa salahnya kite ni sesama bangsa & agama tolong menolong. Sapa nak tolong kalu bukan kite. Ni mcm nak tindas bangsa sendiri. EEEE... geram aku. Aku rasa diaorng ni ye...ye...ooo je sbb ada akak restoren tu. Nak tunjuk hero la konon... nak tunjuk ketegasan sebagai lelaki la konon.... Kalu aku... hmmm reject lelaki mcm tu. Derma je la seikhlas hatikan... duit... leh cari... padahal kalu menderma Insylah leh tambah rezeki. Samada budak tu gunakan dgn jalan yg betul atau salah, tu antara dia dengan Allah... Yg penting kite bg sumbangan dgn ikhlas...
Masa on the way nak ke car park, we all nampak budak tu tgh menangis teresak-esak tau... kesian dia. Aku rasa mcm nak menangis je tgk budak tu sbb aku leh rasa apa yg dia rasa.
Untuk budak tu "akak doakan semoga adik cekal & tabah tuk menghadapi cabaran. Jika adik ikhlas Insylah ganjaran yg besar menanti adik. Biarlah apa orng nak kata or biar orng nak benci adik tapi jgn Allah membenci adik. Untuk buat sesuatu yg baik... mmg byk cabaran / dugaan. Tp jgn jadikan ia sebagai halangan, jdkan ia sebagai semangat tuk adik berjaya".

Thursday, February 18, 2010

Bakar Membakar

Best betul cuti Chinese New Year (CNY) tahun ni. Mana taknya... CNY jatuh pada 14 Feb.... maka cuti CNY kali ni lama ler. Start dari 13 - 16 Feb 2010. Aku dgn Mr. Suami dah plan nak balik both kampung. 1st mesti la kampung aku. Mr. Suami lak beriya nak buat aktiviti bakar membakar. So, 13hb Mr. Suami amik half day sbb ptg tu nak balik kmpg. Aku lak cuti, so buat la apa yg patut before balik kampung. Siap masak tuk lunch + tuk bekalkan Ayang yg kebuluran akibat sehari suntuk dalam bas. Pukul 4 pm, aku & Mr. Suami bertolak pulang, tapi sebelum tu singgah Kip Mart tuk beli lauk pauk tuk emak + cari keliling Kip Mart tuk kepak ayam.... tp malangnya nasib kepak ayam telah habis.
Bergegas ke Giant tuk beli brg yg Angah pesan. Jeling2 kot2 ada chicken wings.... haaaa... Alhamdulillah... ada rupanya. Syukur sgt.... Pastu terus bergerak ke bas stand Larkin tuk amik Angah dan Ayang..... yuhuuuu... terus balik kmpg...
Sampai di kampung lebih kurang pukul 8pm. Mr. Suami yg excited tak nak tgu sampai esok... mlm tu jugak nak buat aktiviti bakar membakar. Best betul bakar membakar... Mr. Suami sorang je yang sibuk membakar. Yang lain sibuk melantak je. Rencah2 disediakan oelh aku ler... (promote sikit). Sambil membakar & melantak, kitaorng tgk Jin Notty dari laptop Ayang....hahaha... best gak. Tak ketinggalan ikan putih goreng rangup hasil gorengan emak.... hmmm yummy... Nutty pun tak ketinggal join aktiviti mlm kami.... kalu ikutkan hati nak berkhemah kat situ gak... tp apakan daya tak mengizinkan....
Inilah hasil gambar aktiviti membakar, sorry gambar blur sikit sbb tak bawa camera (salah aku la ni sbb tak charge)....

(Tukang bakar. Aku dgn emak interprem je)

(Mangsa2 bakar - takde yang mati rentung tau...)


(Geng kaki makan)

Ishk... nape ntah??

Hari bgn awal tau... rasa fresh sgt. Siap kemas rumah pg2 buta. Bgn sahur sebenarnya, disebabkan rasa fresh yg maksima terus kemas rumah. Alhamdulillah jus bidadari mmg berkesan... letih kurang dan leh tanya Mr. Suami tuk yg lain2. Aku bkn nak cite pasal ni sebenarnya.
Ntah nape aku rasa meluat lak... menyampah pun ada. Jauhkanlah rasa mcm tu dlm diriku Ya Allah... Aku paling tak suka orng kacau aku ketika aku tgh concentrate buat kerja, pastu aku tak suka orng tanya aku pasal benda2 remeh or yg boleh diselesaikan sendiri tanpa bantuan orng lain. Cari dulu baru tanya... ni tau nak tanya je... Usaha la sendiri dulu... Ni tau nak suap je... geram tau. Aku nak ckp gak kat sini, tak kira.... nak beli brg opis pun aku jugak la... takde orng lain ke nak beli + aku rasa la aku yg paling jarang buat air. Kekadang satu hari aku tak buat air langsung. Tu yg bikin aku panas. Bkn nak ungkit sgt pasal beli brg dapur ni, tp tu la kalu dah mula tolong belikan naik lemak la pulak... asyik muka ni je nak gi beli. Mr. Suami pun bising la jugakkan...... Barang abis.... ehhhh "bila nak beli, Shima?" meh sini aku jwb "wak luuuuu.... keje aku ke?" Tukar2 la kan... Asyik muka ni je.... gi bank muka ni... semua urusan yg berkaitan duit muka ni la. Yang bkn sepatutnya keje akaun pun aku kena buat asalkan semuanya berkaitan duit... Kekadang aku rasa diaorng ni bodoh... tak tau nak bezakan akaun dan duit... Diaorng pk keje aku mudah kot?? Meh try buat... leh siap on time ke??? Sbb aku sorang je yg buat. Senang je minta tu minta ini.... Ingat aku robot.... Mgkin diaorng tgk keje aku mcm senang je... Susah ke senang ke... aku cool je beb.. Kekadang tu hilang gak coolnya.... nak senyum selalu mana leh tahan.... Mencuka la jugak.... Tp aku akan try untuk tidak mencuka sbb aku nak muka ceria tuk Mr. Suami.... Lgpun senyum tu sedekah...
Phew.... rasa release sikit dpt luah kat blog. Rasa mcm ada orng dgr luahan aku....
Sekian...

Wednesday, February 17, 2010

No Valentine

Mr. Suami mmg tak gemar dgn Valentine ni. One day aku dgn Mr. Suami gi kuar dinner. Sementara duk tunggu order kami sampai, Mr. Suami layan newspaper-Harian Metro dated 12/2/2010. Tiba-tiba..... "hah... yang, tgk ni.. nape kite tak leh sambut valentine." Aku jawab "nape? bacakan..." Mr. Suami pun baca la.... bla bla bla.....
Aku mmg tau yg valentine ni tak baik. Ceritanya begini "Valentine ni diambil sempena Paderi Valentine. Sambutan valentine ni rupa-rupanya tuk memperingati jasa dia ni sbb jatuh empayar Islam di Cordova. Jahat ke jahat dia ni... JAHATKAN. Buat apa nak ingat kat dia... buang masa je. Pastu dia ni ada la 2 orng awek... sorang Islam dan sorang lg Kristian. Sbb yg sorang tu Islamlah dia asyik duk pi kat yang kristian ni... makna dia tak suka la yg kat Islam ni... So, sambutan Valentine ni leh la dikategorikan sambutan keagamaan. Maknanya salah di sisi agama Islam kalu kita sambut perayaan agama selain Islam. Tak percaya leh la rujuk dgn ustaz anda yg berdekatan or search kat internet. Nak tahu lebih lanjut leh la cari Harian Metro Edisi Selatan bertarikh 12/2/2010.
Sekian.

Panggilan Pukul 4 am

Kejadian ni berlaku awal minggu lepas. Sebab terlalu bz dgn keje, ni baru ada masa nak update blog.

Masa tu aku dgn Mr. Suami duk tgh sdp dibuai mimpi yg indah, tgh sedap tido la kiranya. Aku pun rasa mcm mimpi je dgr bunyi handphone Mr. Suami. Masa jam kat dinding lebih kurang pukul 4 am. Mr. Suami jengah handphone dia tgk panggilan dari kampung. Pukul 4 am.... awal pagi.... Mr. Suami dah syak ada benda berlaku ni.... Terkejut terus jadi segar aku dibuatnya..... Ya Allah.... Abang din a.k.a abang Mr. Suami..... accident. Dgn pantas aku terus bangun, gosok gigi, change clothes tuk ke Hospital Kulai. Hati dup dap dup dap....

Perjalanan di awal pagi mmg best suasananya. Masa on the way tu aku tanya Mr. Suami " Abg Din ke Din yg accident?" Mr. Suami lak "hmmm... a'a lah, lupa lak nak tanya sapa yanag accident." Daku bersuara lg... "kalu pk logik, Abg Din duk Sedenak, dia tak balik kmpg, apa dia buat kat Pasir Gudang... sbb dia accident kat Highway Senai-Pasir Gudang. Din lak... nape nak hantar ke Kulai?" Aku ckp lg "Abg Din kot... ntah2 dia baru balik dating."

Sampai je Hospital Kulai terus gi kecemasan. Cek nama... Abg Din rupanya. Alhamdulillah... Abg Din selamat. Tak lama lepas tu Teh, Abg Azmi & Ajib pun sampai. Dpt masuk tgk Abg Din... patah tangan.. muka bengkak2. Tp apa yang penting dia selamat dan yg pentingnya lg... aku bakal dpt biras, Insya Allah. Harap2 tahun ni dpt makan nasi minyak kat rumah mertua.

Lupa pula nak ckp mengenai kereta.... ni lg kesian. Kereta Persona baru 5 hari dibeli..... dah rosak teruk.... see pic below....


"Inilah rupa kereta itu... Plat JMA bla bla bla"

Wednesday, February 3, 2010

Anak Angkat

Tadi on the way balik lunch dgn Mr. Suami, dia received one call from a friend. Melalui perbualan dia aku dgr dia nak jumpa that guy dgn bbrp orng mlm ni kat bilik KRT mlm ni. Seperti biasa, orng kepochi mcm aku ni tanya nape??? Dia kata ada budak pregnant...
Rupa-rupanya... nak cari orng tuk amik anak budak tu. Diaorng offer kat aku & Mr. Suami. Mgkin diaorng tgk we all berdua je all the times. Hmmmm..... Mr. Suami tanya gak... nak tak??? Aku.... eerrrrr..... Aku jwb mmg nak tp not now. Mr. Suami pun jwb mcm tu gak.... dia kata belum ready.
Tapi aku kata kat Mr. Suami.... kalu mmg dah takdir kite tuk jaga bb tu, aku redha aje. Dia pun setuju dgn statement aku tu. Mr. Suami kata "jom kite buat istiqarah mlm ni, mana tau mmg bb tu ditakdirkan tuk kite." We all mmg lom ready lg tuk anak angkat ni, mana tau kalu Allah SWT bg rezeki anak sendiri. Tp we all dah berjanji kalu 4 tahun kawin masih takde bb baru nak amik anak angkat. Tp kalu mmg dah takdir kami, kami redha. Apa2 pun kena tunggu meeting Mr. Suami mlm ni.

Tuesday, February 2, 2010

Terima Kasih (Alhamdulillah)

Post ni khas tuk Mr. Suami...hehehe
Thanks so much pasal smlm tuh. Smlm plan nak beli jeans Mr. Suami sebenarnya, tp lain lak yg dibeli. Thnks belikan saya new handbag + kasut + purse. Bab2 purse ni aku tak brp minat sgt tp Mr. Suami beria nak belikan sgt sbb purse lama aku dah lama sakit tenat.... Mgkin dia kesian tgk bini dia bawa ke hulu ke hilir purse buruk tu.... Skrg aku dah suka purse. Thnks Sayang... I love u so much...
Smlm sempat gak aku "pau" Mr. Suami belikan buku pelajaran adik aku, Eman. Thnx gak sbb tolong byrkan. Mr. Suami ni gila buku lately.... duk kat Badan Cemerlang tu kalu leh tak nak balik rasanya... nak berkhemah kat Badan tu kot.. Aku bosan sbb tu aku pi cari buku tuk adik aku. Tp apa yang penting buku yg dia beli mmg dia manfaatkan a.k.a dibaca la... Aku pun baca gak tau... tuk tambahkan pengetahuan... kalu tak baca pun tak pe sbb Mr. Suami akan ceritakan tuk aku....

Untuk Badan Cemerlang.... terima kasih atas cenderahati calendar tu. Kami (aku & Mr. Suami) mmg suka sgt calendar Badan Cemerlang sbb calendar tu cantik + ada petikan hadis & kata2 pujangga... last year punya calendar kiteorng potong hadis & kata2 tu, we all keep dlm album...
Key word aku kat sini sebenarnya nak ucap tima kasih kat Mr. Suami sbb belikan aku benda di atas tu....