Wednesday, November 18, 2009

CONTEST - "Im Yours"

Salam...
Shima pun nak join this contest juga...
Syarat2nya:

1. Just be my Follower (http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/)
& add my link at your sidebar..
[dah]

2.Haruslah Add Banner diats di sidebar & di Link-kn dgn
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/10/contest-im-yours.html
[dah]

3.Buatkan satu entry bertajuk " Im Yours"
[dah]

4.Just upload
a) Pic anda+suami (gmbar y paling romantik bg anda/pic kawin pun ok),


b) pic di hari p'kahwinan anda(pic y unik/sempoi/up 2 u)



c)Pic suami anda (Pic b'sahaja, melucukan.dll)



5. Last, ceritakan serba sedikit perihal anda & suami anda/suami anda.. X perlu pnjang2... Just simple2 jer.

[Kisah kami bermula daripada panggilan telefon dari suamiku, pada masa tu kami belum kenal antara satu sama lain. Suamiku ingin menelefon sahabatnya, malangnya nombor yang didail salah lalu ke handphone adikku. Hmmm... ada masa lg untuk berkenalan dengan adikku, tp malangnya adikku memberitahu. "saya sudah ada boyfriend, kalu awak nak berkenalan dengan kakak saya bolehlah. Dia masih single." Suami apa lagi, dengan segera menghantar sms kepadaku "saya dapat nombor awak dari Angah, boleh berkenalan?'. Aku pula dengan muka yang tak malu menjawab smsnya "boleh". Selepas itu kami terus bersms sehingga sampai satu masa, iaitu pada bulan November tahun 2006, suami telah mengajak aku keluar. Dalam hati memang sangat berdebar dan bermacam-macam soalan bermain difikiranku. Kami berjumpa di suatu tempat di Johor Bahru. Masih segar diingatanku peristiwa ini dan ayat pertama yang disebut oleh suamiku "haaa...jom". Terkebil-kebil mataku memandang si dia. Betul ke orang ini? Dia senyum padaku dan mengajak aku makan tengahari bersama. Kami pulang selepas tengok wayang dan aku berkata pada diriku "kalau dia sms/telefon aku balik bermakna dia ikhlas mahu berkawan denganku dan kalau dia berdiam diri bermakna itulah pertemuan pertama dan terakhir". Tidak sampai 5 minit sms ku berbunyi "awak, terima kasih sudi keluar dengan saya, lepas ni boleh ajak awak keluar lagi'. Girang hatiku tidak terkira. Inilah pertama kali lelaki mengajakku keluar. Selepas beberapa kali keluar, si dia meluahkan isi hatinya dan cinta kami berputik. Tanggal 14th June 2008, cinta kami disatukan dengan sah dan direstui oleh ibu bapa kami. Majlis persandingan kami berlangsung pada 5th Julai 2008 dalam keadaan sederhana tapi penuh meriah. Alhamdulillah, sampai ke hari ini cinta makin makin mekar dan bahagia.
Suamiku seorang yang bertanggungjawab dan penuh dengan sifat "family man". Dia lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga. Tidak suka membuang masa di luar atau melepak dengan kawan-kawannya di luar. Boleh dikatakan rajin menolongku membuat kerja-kerja rumah. Amat menghormati orang tua dan bersifat penyayang serta sabar dengan sifatku yang manja. Aku berdoa agar rumahtanggaku kekal bahagia hingga ke Syurga.... Amin]

1 comment:

LYaFRINA said...

akum...salam kenal..1st tq cz sudi join contest lya.... smua beres....

a) waaaaa...sgt2 romantik ni.... ehemmm...ehemmm

b)nice pic

c) mmg melucukan.. mcmana blh ttdo tu???

Post a Comment