Hari ni lambat sikit ke tempat kerja sbb aku & Mr. Suami gi ambil roadtax dulu. Lagipun smlm roadtax expired smlm. Lepas ambil roadtax, kiteorng gi breakfast kat Peladang. Seperti biasa, mesti aku sorang je yang mkn, Mr. Suami minum aje sbb waktu mkn pg Mr. Suami pukul 10am. Sambil mkn sambil berbual. Mcm mana ntah leh borak pasal anak2 yg memberontak... Ikutilah diskusi kami....
Aku ada cerita la pasal seseorng kanak2 yg telah dihantar ke kelas Smart Reader since dia umur 3 or 4 thn. Then aku bg prove kat Mr. Suami yg kanak2 tersebut semakin besar semakin memberontak, malas tuk belajar. Tp kanak2 tersebut mmg pandai membaca, English pun bagus tp makin malas untuk membuat "homework". Kena paksa dan rotan baru nak bergerak tuk membuat "homework". Then, Mr.Suami pun ckp, tak mustahil kanak2 tersebut menjadi sedemikian. Mr. Suami juga memberikan hujah apa yang berlaku kepada kawannya. Semasa kecil hidup kawannya di kawal oleh family, beliau dtg dari keluarga tabliq. Family beliau telah menghantar beliau ke sekolah yg jauh dari rumah, iaitu sekolah pondok di Kuantan & Kelana Jaya. Apa yang terjadi kepada beliau??? Beliau telah telah melarikan diri dari sekolah terbabit. Beliau membawa diri jauh dari keluarga dan menetap di Kuala Lumpur.
Aku juga telah menceritakan apa yang berlaku kepada sahabat aku masa kecil2 dahulu. Hidup dia pun kwn Mr. Suami juga. Masa kecil mmg memakai tudung, ada join group tabliq lg. Aku bkn nak katakan yg group tabliq tak bagus. Apa yang ingin aku katakan adalah kawalan ibu bapa dan individu itu sendiri. Apa yg terjadi kepada sahabatku. Aku nmpk muka sahabatku terpampang di majalah tanpa tudung di kepala. Apa sudah jadi? Masa kecil dahulu dia ada menyatakan padaku yg tv tu maksiat, tak bagus. Peristiwa ni terjadi kepadaku pada usiaku yang masih muda iaitu 7 tahun. Tp beberapa tahun selepas itu, parents dia membeli tv... hahaha.. aku pun ada menyatakan kembali pada sahabat aku apa yg telah dia katakan padaku. Pernah dia memaksaku bertudung walaupun masa tu aku baru 10 tahun. Dia berkata padaku yang dia tidak akan berkwn dgnku kalau aku tidak bertudung untuk ke sekolah. Aku menangis menyuruh emak membelikan tudung. Sampai mcm tu sekali. Sudah la ini cerita lps tp aku hanya ingin menulis tuk kesedaran & peringatan diriku.
Mr. Suami memberikan pendapat bahawa jgn memaksa anak untuk melakukan sesuatu luar dari minat meraka. Biarlah anak itu menikmati hidup kanak2 mereka sepuas-puasnya. Kerana masa beredar dan jgn biarkan mereka memberontak akibat dr tidakpuasan semasa usia kanak2. Ibu bapa hanya memberi panduan kepada anak2 dan didiklah mereka untuk menjadi insan yang berguna. Kebanyakan ibubapa cepat melatah jika ada di antara sahabat meraka yang suka bercerita mengenai anak meraka... contohnya: anak A sudah pandai membaca ketika usia 4 tahun manakala anak B masih leka bermain dan masih tidak tahu membaca. Apa yang selalu terjadi, B cpt melatah dgn cerita A, lalu memaksa anaknya ke tadika walaupun anak B belum bersedia. Anak B mgkin pandai membaca tetapi apa yang mungkin akan berkalu kepada anak B ketika dia berusia 10 tahun. Mungkin anak B akan memberontak lalu malas untuk belajar. Moral of the story... jgn suka memaksa anak2 untuk melakukan sesuatu yg mereka tidak suka, jgn mudah melatah dgn kata2 orng. I know that every parents want the best for their children.
One more thing "Iman tidak diwarisi dr seorng ayah yang bertaqwa". Aku suka lirik nasyid Raihan ni. Hayatilah lirik ini dan fikirkanlah untuk diri kite & keluarga. Kite yang mencorak diri kite dan keluarga.
Mohon ampun dan maaf jika ada yang terguris dihati. Ulang sekali lagi ini adalah peringatan untuk diriku sahaja.
No comments:
Post a Comment