Friday, October 23, 2009

Beraya di Sungai Rengit

27 September 2009, aku, Mr. Suami dan keluarga sebelah hubby plan nak pergi ke rumah akak di Sungai Rengit. Bekonvoi la kami pada hari tu. Alhamdulillah, pemanduan lancar. Aku dan Mr. Suami bergerak dari rumah kami di Skudai. Lebih kurang pukul 9.30 am kami sampai di Felda tebrau, rumah mertuaku. Lebih kurang pukul 10 am, kami bertolak pula ke Sungai Rengit. Intan (adik Mr. Suami) bersama anak-anaknya menaiki keretaku.

Kami sampai tepat time orng mkn tgh hari. Perut pun bernyanyi-nyanyi. Apa lagi sampai terus mkn la. Yummy... akak masak nasi beriyani. Akak masak mmg sedap. Selepas kenyang makan, sesi berborak-borak. Semua orang lelaki dah menghilangkan diri. Rupa-rupanya diaorng seronok berkaraoke di bilik sebelah....ceh...

Disebabkan aku dan Mr. Suami suke berposing, ada la sedikit gambar buar kenangan... Layanz....



"Hubby's family mmg besar. Ni part of his family tau"




"Emak dgn abah takde sbb honeymoon kat rumah"


Aku dan Mr.Suami bercadang tuk balik awal sbb esok bekerja, and to meaksure we get enough rest to do our task tomorrow. Tapi malang tidak berbau, sebenar rezeki.... terberaya la pulak di rumah Kak Pah (kakak mr. Suami). Siap sediakan meehoon goreng tuk kami. Alhamdulillah, kenyang perut aku & Mr. Suami, takyah nak masak kat rumah or mkn kat luar. Selepas hantar intan pulang, kami terus merempit pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 11 pm jugak la kami sampai. Sampai terus tido la sbb esok kerja...

No comments:

Post a Comment