Saturday, October 31, 2009

Subhanallah... Sungguh Agung CiptaanMu

Suka aku tgk video ni. Mr. Suami pun suka gak.... Sungguh agung ciptaan Allah. Mmg touching story ni & penuh kasih sayang. Bila la aku dpt merasa mcm ni eh??? Tak Shima, sabar yea. Setiap apa yang berlaku ada rahmatnya. Biar apa orng nak kata. Yang penting sabar. Mr. Suami pun bole sabar... Tp orng je yg selalu ckp... "ye ke suami ko tak kisah?". Diaorng kenal ke hati budi suami aku??? Sabar.... sabar... Manusia mmg mcm tu. Yang penting i know that I'm not perfect. Semua manusia tak perfect. Setiap orng ada kelebihan & kekurangan masing. Yang penting bersyukur atas pemberian Allah. Alhmdlh... suamiku nama Mohd Shukor... Namanya membuatkan aku sentiasa bersyukur.... Terima kasih Allah...

Layan my fav video...

Kejadian baby. Click link ni tuk tgk...

Surprise from Emak (24 Oct 2009)

Mcm biasa, 24/10/09, hari Sabtu, aku keje mcm biasa. Tapi disebabkan nak balik kmpg punya pasal, Mr. Suami decide tuk hantar aku balik rumah tgh hari, maknanya aku keje half day je la. Smpai rumah tgh hari je, mkn dulu beb. Pastu baru la kemas rumah, absuh baju & masak tuk dinner. Kul 8.30 pm baru bertolak balik kmpg. Sampai kat umah mak dkt2 kul 10.30 pm.

Sampai rumah, Eman sambut kami dgn riang. Aku tanya "mana mak?", dia kata emak dah tido. Oklah sbb dah kul 10.30pmkan, lgpun sok emak mesti nak bgn awal tuk prepare stuff tuk bawa gi Shah Alam. Aku pun masuk la rumah sebelah nak tgk emak..... Jeng....jeng.... surprise said mom. Wah..... "happy birthday to u.... happy birthday to u.....". Emak belikan kek tuk aku... Lmbt punya pasal...lilin pun cair... siap terbakar bunga kat kek tuh... wakakaka..

Bestnya... Mr. Suami... don't forget abt the present. No la... I don't mind, as long as u love me... itu dah memadai... Dpt la hadiah dari emak tercinta... toto... ok what... skrg ni asyik tido kat dpn je... tido atas toto yg emak bg... thnx emak... love ya so much. Angah kasi ayat2 Al-Quran... thnx Angah... i love it. Ayang lak kasi duit tol RM50... thnx Ayang. Eman lak tak sempat nak gi beli, so dia bg card hasil dari titik peluh dia. Aku akan simpan card ni... mcm lukisan dia yg aku still simpan sampai hari ni. Dia lukis masa umur 5 thn tau...
Layanz piccas b'day aku kat bwh ni ok.....


"Gmbar dgn Mr. Suami"

"My b'day pics... I love this moment"

Saturday, October 24, 2009

24 October 2009

Hari ini genap la usia aku 28 tahun. Hmmm... dah 28 ek??? Hmmm... dah makcik2. Apa2 pun aku bersyukur sgt dgn apa yang aku ada sekarang. Dapat juga aku rasai umur 28. Alhamdulillah...
Ramai kwn2 yang wish... Thnx to ya'll. Mr. Suami belum bg surprise lg... Asyik tanya aku nak apa... tp buat masa sekarang ni, aku tak nak apa2? Takde terpikir kat firkiran apa yang aku mahukan. Apa yg aku ada ni pun aku dah bersyukur sgt2. Kek??? huh... aku tak suka kek... Takyah belikan... aku bkn mkn sgt pun..... mesti kasi orng punya.... Honeymoon.... hmmm nak... tp aku mmg nak gi Shah Alam... mmg mcm honeymoon walaupun mak + adik2 aku ikut. Tp still aku ngan Mr. Suami stay kat bilik hotel yg berasingan + leh spend time masa diaorng gi convo ceremony sbb aku ngan Mr. Suami tak ikut masuk dewan.... leh gi spend time together kat Bukit Cerakah ke.... AKU TAK SABAR NAK TGU SURPRISE DARI MR. SUAMI....

Lagi2 Raya

9 October 2009 (091009)

Cantik sungguh tarikh ni kan?? Mgkin sbb tarikh ni cantik maka En. Hairul & his family choose this date for therir open house kot. Aku mmg tak pernah pergi rumah En. Hairul. Mr. Suami lak dah bagi kata putus tuk ke Pasir Gudang yakni rumah En. Hairul la.
Mesti korang tertanya-tanya sape En. Hairul nikan??? Nape aku protokol sgt berencik0encik kan??? En Hairul ni Senior Exec kat tmpt aku kerja. Aku pun anggap dia mcm bos aku gak sbb apa2 masalah aku refer kat dia selain manager aku. Masalah kerja je, tak termasuk masalah peribadi. masalah peribadi advisor aku Mr. Suami la...
Berbalik cite nak pegi rumah En. Hairul. Aku dan beberapa collegue kat tmpt kerja aku decide nak konvoi. Bukan la konvoi besar-besaran, 4 kete je. Di sebabkab Azizi yg selalu ke rumah En. Hairul, kami pun suruh la dia menjadi kepala. Janji nak berkumpul di Shell Highway Pasir Gudang 3 pukul 8.30 pm.

Dah hmpir pukul 9 pm... semua orng dah berkumpul.... tetapi.... masalah pulak timbul sbb kepala tak sampai2. Grrrr..... aku dah geram ni sbb esok aku kerja..... Tak lama lepas tu sampai jugak kepala kami. Lmbt jugak kami sampai rumah En. Hairul + makanan lak dah abis.... nak kena masak semula. Perut dah berkeroncong.... lapar bangat....

Sementara nak tgu ayam siap digoreng, aku & Mr. Suami mkn la bubur + minum air dulu.... Ayam masak je cpt aku gi amik, tp malang... sikit je ayamnya. Tp tak pe la, aku kongsi dgn Mr. Suami.... Alhmdlh... kenyang gak perut aku ni.... Sampai rumah je dah hampir pukul 12 am... Uwaaa...

Seperti biasa... sebelum balik sempat posing lg.... Tgk gmbr kat bawah.... Layanz....


"dari kanan: Mr. Suami, aku, Lias's wife, En. hairul,Lias & anak2, Fida, Farred & anak, Azizi & Ekin"



"team FarmVille"

"Team Fish World"

Friday, October 23, 2009

Beraya di Sungai Rengit

27 September 2009, aku, Mr. Suami dan keluarga sebelah hubby plan nak pergi ke rumah akak di Sungai Rengit. Bekonvoi la kami pada hari tu. Alhamdulillah, pemanduan lancar. Aku dan Mr. Suami bergerak dari rumah kami di Skudai. Lebih kurang pukul 9.30 am kami sampai di Felda tebrau, rumah mertuaku. Lebih kurang pukul 10 am, kami bertolak pula ke Sungai Rengit. Intan (adik Mr. Suami) bersama anak-anaknya menaiki keretaku.

Kami sampai tepat time orng mkn tgh hari. Perut pun bernyanyi-nyanyi. Apa lagi sampai terus mkn la. Yummy... akak masak nasi beriyani. Akak masak mmg sedap. Selepas kenyang makan, sesi berborak-borak. Semua orang lelaki dah menghilangkan diri. Rupa-rupanya diaorng seronok berkaraoke di bilik sebelah....ceh...

Disebabkan aku dan Mr. Suami suke berposing, ada la sedikit gambar buar kenangan... Layanz....



"Hubby's family mmg besar. Ni part of his family tau"




"Emak dgn abah takde sbb honeymoon kat rumah"


Aku dan Mr.Suami bercadang tuk balik awal sbb esok bekerja, and to meaksure we get enough rest to do our task tomorrow. Tapi malang tidak berbau, sebenar rezeki.... terberaya la pulak di rumah Kak Pah (kakak mr. Suami). Siap sediakan meehoon goreng tuk kami. Alhamdulillah, kenyang perut aku & Mr. Suami, takyah nak masak kat rumah or mkn kat luar. Selepas hantar intan pulang, kami terus merempit pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 11 pm jugak la kami sampai. Sampai terus tido la sbb esok kerja...

Gedik Piccas

Hari ni mcm ada mood sikit nak update blog ni.

Raya pun dah habis tp piccas tak sempat nak upload. So hari ni mcm ada kesempatan walaupun bz dgn budget yg nak kena ku siapkan. Lg pun ari ni happy sbb aku akan cuti sampi selasa, leh rehatkan diri sikit tanpa memikirkan hal office. Nyamannya.... Aku sebenarnya nak gi Shah Alam, convo my sis. Haaaa... nanti aku update convo pic tu kat sini k.

Dah lari tajuk pulok. Just nak "tempek" piccas masa raye ari tu je... Jom saksikan pic kami... Layanzzzz....


"tak plan pun nak pakai biru. Saat2 akhir terbeli blue color lak"


"ni lak saja suka2. pic kat bwh tu time boring"

"Mr. Suami ni mcm amik pic tuk Next Top Model je"


"ni lak teringin nak jd Superman. bila aku ckp character superman tu Yahudi, terus nak Transformers"

Next Raya (2nd Raya)

Huhuhu... akhirnya dpt juga aku curi2 masa utk tulis blog nih. walaupun dah abis raya tapi memory raya masih segar di ingatanku.
Hari raya ke-2 (Isnin, 21/9/2009)
Yay.. yay.. seronoknya... tak sabar rasanya nak balik rumah emak. Awal2 pg aku dah bgn & kejutkan Mr. Suami. Lps sarapan meehon goreng kat rumah mertua, aku & hubby cpt2 kuar. Kami kuar lebh kurang pukul 9 am la. Call emak kat kmpg... hmmm dia buat laksa Penang. Lg la aku tak sabar. Lebih kurang kul 11 am kami pun sampai. Dah sampai, kami ada plan pulak, nak gi Batu Pahat. Lps je mak siap msk terus la bersiap tuk gi Batu Pahat. Tp yang penting mkn laksa dulu...
Lps bersiap, sebelum kuar bermaaf-maafan dulu dgn emak dan adik2. Dan juga sesi bergambar.


Aik, salam pun nak bergambar. maafkan segala kesalahan kami emak. Kami sayang emak.



My small but happy family

Selepas sesi photography and bermaaf-maafan, kami pun merempit ke Batu Pahat. Perjalanan amat sakit hati, mana taknya, jalan jam sgt2. Byk sgt kereta yg menggunakan laluan ni. Biasa terjadi di haru raya je, hari lain ok je. 1st house, rumah nenek.
1st house rumah nenek la. Bestnya sbb kat rumah dia takde sape2, jd dia layan kami best gila. Kami ni mcm tong sampah termasuk la Mr. Suami, semuanya mcm kebulur.. mkn ketupat kat rumah nenek, ketupat semalam lak tu, kami yang habiskan. Hari raya mcm biasa la, sebelum balik bermaaf- maafan dulu. Lebih kurang sejam kami kat rumah nenek, then blah lah...

Dgn nenek. Nape adik aku mcm tu jdnya, posing lain mcm je.

Emak, mcm manja je dgn nenek. Original or palsu...huahuahua.. jht aku

Next house rumah Nenek Usu. Emak mg excited gi rumah ni sbb ada bestfriend dia masa kecik2 dulu. Nenek Usu pun dah mcm emak dia sendiri. Sian emak kecik2 dah takde ibu. Jd tu pang la sedikit kasih kat orng lain. Kat rumah nenek usu mkn kuih je. Lgpun dia orng tgk prepare tuk orng Marhaban. Tak lama kami kat sini sbb ada orng dtg Marhaban.

Pas rumah Nenek Usu, kami pegi pula rumah Kak Mah & Kak Bow. Aku suka rumah ni dah sekitar kediaman rumah ni. Amat menenangkan, besih, cantik & nyaman walaupun rumahnye kecil. Aku suka rumah kecil2 ni. Tp kalu penghuni ramai kena la rumah besar. Kalu setakat aku dgn Mr. Suami rumah kecik pun jd la. Mcm biasa la, Kak Mah & Kak Bow mesti layan kiteorng best2 gila. Mgkin diaorng seronok kite kiteorng ni mkn mcm tong sampah kot. Semua mkanan dia kuarkan or sbb diaorng rasakan yg kite orng ni kebulur sgt kot... hmmm whatever la. Tp aku rasa diaorng suka tgk kiteorng ni hepi kot & membuatkan diaorng hepi. Mak aku ni bercerita sakan dgn diaorng... Hmmmm... adik2 aku dah tunjuk muka boring and buat hal masing2. Ada yg main game, ada yg berposing2 kat luar. Check below pic... tgk la apa berlaku..

Emak sibuk berbual + Angah skali la. Yang lain dah jd lain mcm...
Before balik, sesi bermaaf-maafan la. Hmmm... emak siap menangis lg. Diaorng actually bkn sedara pun just sedara Islam je. Tapi sbb emak ingat jasa diaorng yg byk bantu emak masa emak kecik2 dulu.
Aku ingat dah abis rumah tuk beraya, tp ada satu lg lak. Rumah Usu Rahmat lak, dia ni adik bongsu atuk aku, kiranya bapa saudara emak aku yg bongsu la. Kat sini tak lama sgt sbb aku dah rimas. Penat beraya, lgpun ramai sgt orng. Aku ni tak suka suasana ramai2.... rimas. lebih kurang setengah jam je kat sini. Pastu memecut balik ke paloh. Tap tak leh pecut sgt sbb jln jam.
Sampai je kat rumah... lapar nasi. Ada mandai... hmmm yummy. Aku nak ajar Mr. Suami mkn, dia pandai tak. huh... tak pandai rupanya. Kul 10 mkn laksa lak... bestnya...
Walaupun keluargaku kecil tp meriah sgt..... I love my family so much...

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya Pertama (PIL)

Sabtu 19/9/2009

Dah agak lama tak update blog ni... bknnya apa, mcm takde masa saje.
Tahun ni raya turn balik rumah parents hubby sbb tahun lepas dah balik raya rumah mak aku. Ni kiranya 1st time raya kat kmpg hubby la. Ni 2nd raya tuk aku ngan hubby. Untuk 2nd raya ni, aku ingat kami akan beraya bertiga, tp belum rezeki la nmpknya, still berdua lg. Takpe la... aku dgn hubby sabar menanti. Setiap yang berlaku hanya Dia yang tahu. Biarlah orng nak kata apa. Aku sentiasa berdoa semoga Allah kuatkan iman aku dan berika aku kesabaran dalam apa jua situasi. Tak nak cite pasal sedih2..
Raya tahun ni Alhmdlh... disambut dgn cara sederhana oleh kami.
Sehari sebelum raya kami dah cuti sebenarnya, tp sibuk mengemas rumah kami sendiri. Tak de la beli brg2 baru untuk rumah sbb barang yg tahun lepas pun still cantik & bersih lagi. Kami kemas rumah sampai berkilat. So, mlm raya baru kami pulang ke kampung, alah... tak jauh pun. lebih kurang 30-45 minit sampai la kami di kampung.
Malam tu kami (aku, Intan, Teh, Elin & mak) sibuk la di dapur, tp orng kuat di dapur adalah kak ipar aku, Teh. Mak tu kira mcm ketua chef la. Teh lak 2nd after mak dan yang lain2 tu assistant saja. Santapan tuk pg raya, kami sediakan ketupat, rendang daging, kari ayam, kuah kacang & lodeh.

Ahad 20/9/2009

Hari ini Hari Raya. Hari umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Aku dgn hubby memilih baju biru untuk tahun ni. Last minute pilih...hehehe. Selepas bermaaf-maafan, kami bergambar. Tapi malangnya tiada gambar beramia-ramai bersama sanak saudara sbb masing-masing sgt sibuk. Yang ada pun gambar sendiri-sendiri sahaja. Layan la foto kami yang cun-cun belaka kat bawah ye...


gambar gedik aku dgn hubby


inilah kami dgn baju biru (tema last minit)


with emak & abah hubby (parents in law aku la)


amik berkat pegang Erisya (baju dia kena je ngan tema aku)


amacam, mcm anak aku tak??