Saturday, August 15, 2009

Adikku Ayang

Hari ini aku ada terima message dari ayang pukul 11.31 am menyuruh aku call dia. Mesti ada sesuatu yang mustahak. Selepas engage dgn Tn Haji Omar aku terus call ayang.
Panggilan dijawab oleh ayang dlm nada yang amat sedih. Dia sedang menangis. Pilu hatiku. Dia susah untuk menangis, tetapi setiap kali menangis mesti disebabkan oleh kawan-kawannya. Aku dah tahu ini mesti sebab ikin, room mate ayang. Mengapa dia sanggup buat adik aku sedemikan? Apa salah adik aku? Aku mmg dah benci ikin dari mula aku jumpa dia dan makcik dia. Aku seolah-olah dapat membaca sikap mereka. Tapi tak apalah, mungkin itu ujian untuk ayang. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati adikku untuk menepuh segala ujian dan dugaan selama dia berada di UiTM Puncak Alam. Berikanlah kejayaan yang cemerlang buatnya.. Amin.
AKu sedih sgt atas perbuatan ikin terhadap adikku. Mengapa dia mengatakan ayang 'take avantage on her'? Ayang takkan menggunakan barang oleh lain tanpa izin tuannya. Mungkin kami ni orang susah, takde laptop mcm orang lain. Handphone pun yang murah je. Tapi kami tak pernah nak minta duit orng. Mungkin ini dugaan kami. Alhamdulillah.. kami terima.
Ya Allah aku mohon padaMu, Engkau bukakanlah hati ikin. Berikanlah ruang dihatinya untuk menyimpan rasa sayang dan kasih sebagai sahabat untuk ayang.
Aku memberi cadangan kepada ayang untuk tukar bilik asrama. So, sekarang ni aku tunggu sajalah samada ayang akan tukar bilik atau tidak. Alhamdulillah ayang dapat interview tuk pengecualian bayaran hostel... Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment