Friday, October 23, 2009

Gedik Piccas

Hari ni mcm ada mood sikit nak update blog ni.

Raya pun dah habis tp piccas tak sempat nak upload. So hari ni mcm ada kesempatan walaupun bz dgn budget yg nak kena ku siapkan. Lg pun ari ni happy sbb aku akan cuti sampi selasa, leh rehatkan diri sikit tanpa memikirkan hal office. Nyamannya.... Aku sebenarnya nak gi Shah Alam, convo my sis. Haaaa... nanti aku update convo pic tu kat sini k.

Dah lari tajuk pulok. Just nak "tempek" piccas masa raye ari tu je... Jom saksikan pic kami... Layanzzzz....


"tak plan pun nak pakai biru. Saat2 akhir terbeli blue color lak"


"ni lak saja suka2. pic kat bwh tu time boring"

"Mr. Suami ni mcm amik pic tuk Next Top Model je"


"ni lak teringin nak jd Superman. bila aku ckp character superman tu Yahudi, terus nak Transformers"

Next Raya (2nd Raya)

Huhuhu... akhirnya dpt juga aku curi2 masa utk tulis blog nih. walaupun dah abis raya tapi memory raya masih segar di ingatanku.
Hari raya ke-2 (Isnin, 21/9/2009)
Yay.. yay.. seronoknya... tak sabar rasanya nak balik rumah emak. Awal2 pg aku dah bgn & kejutkan Mr. Suami. Lps sarapan meehon goreng kat rumah mertua, aku & hubby cpt2 kuar. Kami kuar lebh kurang pukul 9 am la. Call emak kat kmpg... hmmm dia buat laksa Penang. Lg la aku tak sabar. Lebih kurang kul 11 am kami pun sampai. Dah sampai, kami ada plan pulak, nak gi Batu Pahat. Lps je mak siap msk terus la bersiap tuk gi Batu Pahat. Tp yang penting mkn laksa dulu...
Lps bersiap, sebelum kuar bermaaf-maafan dulu dgn emak dan adik2. Dan juga sesi bergambar.


Aik, salam pun nak bergambar. maafkan segala kesalahan kami emak. Kami sayang emak.



My small but happy family

Selepas sesi photography and bermaaf-maafan, kami pun merempit ke Batu Pahat. Perjalanan amat sakit hati, mana taknya, jalan jam sgt2. Byk sgt kereta yg menggunakan laluan ni. Biasa terjadi di haru raya je, hari lain ok je. 1st house, rumah nenek.
1st house rumah nenek la. Bestnya sbb kat rumah dia takde sape2, jd dia layan kami best gila. Kami ni mcm tong sampah termasuk la Mr. Suami, semuanya mcm kebulur.. mkn ketupat kat rumah nenek, ketupat semalam lak tu, kami yang habiskan. Hari raya mcm biasa la, sebelum balik bermaaf- maafan dulu. Lebih kurang sejam kami kat rumah nenek, then blah lah...

Dgn nenek. Nape adik aku mcm tu jdnya, posing lain mcm je.

Emak, mcm manja je dgn nenek. Original or palsu...huahuahua.. jht aku

Next house rumah Nenek Usu. Emak mg excited gi rumah ni sbb ada bestfriend dia masa kecik2 dulu. Nenek Usu pun dah mcm emak dia sendiri. Sian emak kecik2 dah takde ibu. Jd tu pang la sedikit kasih kat orng lain. Kat rumah nenek usu mkn kuih je. Lgpun dia orng tgk prepare tuk orng Marhaban. Tak lama kami kat sini sbb ada orng dtg Marhaban.

Pas rumah Nenek Usu, kami pegi pula rumah Kak Mah & Kak Bow. Aku suka rumah ni dah sekitar kediaman rumah ni. Amat menenangkan, besih, cantik & nyaman walaupun rumahnye kecil. Aku suka rumah kecil2 ni. Tp kalu penghuni ramai kena la rumah besar. Kalu setakat aku dgn Mr. Suami rumah kecik pun jd la. Mcm biasa la, Kak Mah & Kak Bow mesti layan kiteorng best2 gila. Mgkin diaorng seronok kite kiteorng ni mkn mcm tong sampah kot. Semua mkanan dia kuarkan or sbb diaorng rasakan yg kite orng ni kebulur sgt kot... hmmm whatever la. Tp aku rasa diaorng suka tgk kiteorng ni hepi kot & membuatkan diaorng hepi. Mak aku ni bercerita sakan dgn diaorng... Hmmmm... adik2 aku dah tunjuk muka boring and buat hal masing2. Ada yg main game, ada yg berposing2 kat luar. Check below pic... tgk la apa berlaku..

Emak sibuk berbual + Angah skali la. Yang lain dah jd lain mcm...
Before balik, sesi bermaaf-maafan la. Hmmm... emak siap menangis lg. Diaorng actually bkn sedara pun just sedara Islam je. Tapi sbb emak ingat jasa diaorng yg byk bantu emak masa emak kecik2 dulu.
Aku ingat dah abis rumah tuk beraya, tp ada satu lg lak. Rumah Usu Rahmat lak, dia ni adik bongsu atuk aku, kiranya bapa saudara emak aku yg bongsu la. Kat sini tak lama sgt sbb aku dah rimas. Penat beraya, lgpun ramai sgt orng. Aku ni tak suka suasana ramai2.... rimas. lebih kurang setengah jam je kat sini. Pastu memecut balik ke paloh. Tap tak leh pecut sgt sbb jln jam.
Sampai je kat rumah... lapar nasi. Ada mandai... hmmm yummy. Aku nak ajar Mr. Suami mkn, dia pandai tak. huh... tak pandai rupanya. Kul 10 mkn laksa lak... bestnya...
Walaupun keluargaku kecil tp meriah sgt..... I love my family so much...

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya Pertama (PIL)

Sabtu 19/9/2009

Dah agak lama tak update blog ni... bknnya apa, mcm takde masa saje.
Tahun ni raya turn balik rumah parents hubby sbb tahun lepas dah balik raya rumah mak aku. Ni kiranya 1st time raya kat kmpg hubby la. Ni 2nd raya tuk aku ngan hubby. Untuk 2nd raya ni, aku ingat kami akan beraya bertiga, tp belum rezeki la nmpknya, still berdua lg. Takpe la... aku dgn hubby sabar menanti. Setiap yang berlaku hanya Dia yang tahu. Biarlah orng nak kata apa. Aku sentiasa berdoa semoga Allah kuatkan iman aku dan berika aku kesabaran dalam apa jua situasi. Tak nak cite pasal sedih2..
Raya tahun ni Alhmdlh... disambut dgn cara sederhana oleh kami.
Sehari sebelum raya kami dah cuti sebenarnya, tp sibuk mengemas rumah kami sendiri. Tak de la beli brg2 baru untuk rumah sbb barang yg tahun lepas pun still cantik & bersih lagi. Kami kemas rumah sampai berkilat. So, mlm raya baru kami pulang ke kampung, alah... tak jauh pun. lebih kurang 30-45 minit sampai la kami di kampung.
Malam tu kami (aku, Intan, Teh, Elin & mak) sibuk la di dapur, tp orng kuat di dapur adalah kak ipar aku, Teh. Mak tu kira mcm ketua chef la. Teh lak 2nd after mak dan yang lain2 tu assistant saja. Santapan tuk pg raya, kami sediakan ketupat, rendang daging, kari ayam, kuah kacang & lodeh.

Ahad 20/9/2009

Hari ini Hari Raya. Hari umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Aku dgn hubby memilih baju biru untuk tahun ni. Last minute pilih...hehehe. Selepas bermaaf-maafan, kami bergambar. Tapi malangnya tiada gambar beramia-ramai bersama sanak saudara sbb masing-masing sgt sibuk. Yang ada pun gambar sendiri-sendiri sahaja. Layan la foto kami yang cun-cun belaka kat bawah ye...


gambar gedik aku dgn hubby


inilah kami dgn baju biru (tema last minit)


with emak & abah hubby (parents in law aku la)


amik berkat pegang Erisya (baju dia kena je ngan tema aku)


amacam, mcm anak aku tak??

Wednesday, September 9, 2009

Janji Mr. Suami - 5th September 2009

Seperti yang dijanjikan oleh Mr. Suami, dia pun mengajak aku ke Pasar Borong Pandan sbb aku taknak ke Kota Tinggi. Pukul 9 kami pun bertolak. Sampai je Jln Tebrau... dah jem. Aku ni lemas kalu jln jam. Nak buat mcm mana... sabar je la. Dah masuk area Pasar Borong pun sama jugak... takde tempat parking. Ramainya orang... semua nak shopping, Melayu, Cina, India dan sebagainya ada. Malaysia... berbilang kaum mcm ni la. Alhmdlh akhirnya dpt tmpat parking. nasib baik security dia bagus sgt. Lps parking start la penjelajahan mencari bajukrung tuk aku. Susah nak cari sbb aku ni plus saiz tp alu tak cerewet...janji cantik dan boleh pakai. Masuk je kedai 1st tu dah jumpa yang berkenan di hati, tp nak cari yg lain juga kot2 la ada yg lebih cantik.

Cari punya cari tak jumpa juga. Byk yg jenis jarang2... tak sesuai tuk aku sbb aku ni bertudung. Yg aku jumpa brooch... wah cantik dan murah. Apa lg beli la. Mr. Suami pun suh amik je. Sbb ramai sgt orng, sesak giler tu... aku amik keputusan tuk beli je baju di kedai yg 1st td. Siap beli tudung sekali. Aku suh Mr. Suami beli baju dia. Dia pakai bju saiz M tp seluar lak spoil, pinggang kecik. Perut mkin naik mana suar tak kecik. Sampai skrng baju dia tak dpt lg... Tgk la weekend ni kot2 leh beli.


Pas beli baju, kami decided nak sental ABC Kampung Melayu. Sampai je tgk org tgh kemas gerai masing. Mr. Suami masih tak mahu mengalah, dia ajak aku gi tgk kedai ABC tu. Alhmdlh ada rezeki kami tuk mkn ABC. Order satu je takut tak habis. Mr. Suami order rojak petis kegemaran dia tu. Aku dgn lahapnya mkn ABC sampai habis... yummy... sdpnya.



Ni ada gmbr ABC ngan rojak petis tu kat bawah:-

"inilah ABC yang sedap tu"


"ini pula rojak petis yg Mr. Suami order"

Gimik je lebih - 5th September 2009

Hari Sabtu lepas hari off aku ngan hubby, tp hubby OT sbb ada keje sikit. So, tinggal la daku keseorangan di rumah. Mcm biasa, aku ni mmg jenis bgn tido lmbt. Bgn tido je matahari dah tegak kat kepala. Hmmm laparnya.... maklumlah orng pompuan... cukup bulan naik la bendera merah, jd aku tak puasa. Lepas mandi terus aku melantak maggi... sedapnya sbb dah lama giler tak mkn maggi. Lepas dah siap kemas rumah, aku pun mulakan operasi membasuh pakaian yang bertimbun.... masuk 3rd round... tiba2.... aku terdgr bunyi siren. Aku intai melalui balkoni belakang... ooo ambulance rupanya. Lepas tu bunyi lg... tp lain mcm je bunyinye. Terkejut mengalahkan beruk aku dibuatnya... BOMBA??? Mak aiii sampai 2 jentera. Mesti kes teruk ni. Apa lg, aku terus call Mr. Suami la dan buka pintu rumah. Hmmm, semua orng sibuk kat lua rumah dan kelam kabut turun tuk tgk. Aku pun terus pakai jeans & tudung, tak mau ketinggalan. Sampai tempat kejadian, terus jd reporter, amik gambar...hehehe

Pelik sbb takde api pun. oooo... mgkin ada orng nak bunuh diri kot, terjun bangunan... takde juga. Kepala aku duk ting tong sbb tak tau apa yang berlaku. Aku buka mulut tanya Pakcik jual rojak, dia kata gas meletup. Oooo.. gas meletup rupanya. Takde api pun. Lebih kurang 5 minit bomba pun balik. Aku pun balik juga ler... kecewa tp alhamdlh takde benda buruk berlaku. Kat bawah ni ada la gambar hasil dr titik peluh aku...


" semua orang nak tgk apa yg bomba nak buat"

"orang ramai duk sok sek sok sek... cerita apa yang berlaku"

"unit penyelamat"

"dah nak balik ni"

"rumah yang tgh tu la yg buat gimik, yg grill kat
balkoni tebuka tu"




Saturday, August 15, 2009

Adikku Ayang

Hari ini aku ada terima message dari ayang pukul 11.31 am menyuruh aku call dia. Mesti ada sesuatu yang mustahak. Selepas engage dgn Tn Haji Omar aku terus call ayang.
Panggilan dijawab oleh ayang dlm nada yang amat sedih. Dia sedang menangis. Pilu hatiku. Dia susah untuk menangis, tetapi setiap kali menangis mesti disebabkan oleh kawan-kawannya. Aku dah tahu ini mesti sebab ikin, room mate ayang. Mengapa dia sanggup buat adik aku sedemikan? Apa salah adik aku? Aku mmg dah benci ikin dari mula aku jumpa dia dan makcik dia. Aku seolah-olah dapat membaca sikap mereka. Tapi tak apalah, mungkin itu ujian untuk ayang. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati adikku untuk menepuh segala ujian dan dugaan selama dia berada di UiTM Puncak Alam. Berikanlah kejayaan yang cemerlang buatnya.. Amin.
AKu sedih sgt atas perbuatan ikin terhadap adikku. Mengapa dia mengatakan ayang 'take avantage on her'? Ayang takkan menggunakan barang oleh lain tanpa izin tuannya. Mungkin kami ni orang susah, takde laptop mcm orang lain. Handphone pun yang murah je. Tapi kami tak pernah nak minta duit orng. Mungkin ini dugaan kami. Alhamdulillah.. kami terima.
Ya Allah aku mohon padaMu, Engkau bukakanlah hati ikin. Berikanlah ruang dihatinya untuk menyimpan rasa sayang dan kasih sebagai sahabat untuk ayang.
Aku memberi cadangan kepada ayang untuk tukar bilik asrama. So, sekarang ni aku tunggu sajalah samada ayang akan tukar bilik atau tidak. Alhamdulillah ayang dapat interview tuk pengecualian bayaran hostel... Terima kasih Allah.

Saturday, August 1, 2009

Mom's operation

Setelah 4 bln emak & aku berulang-alik ke hospital, akhirnya doktor mendapati terdapat infection di rahim emak. Doktor kata pre-cancer tp bukan cancer tau.
Mula2 doktor kata nak buang semua rahim emak, tp tiba2 doktor decide untuk membuang bahagian yg terkena jangkitan sahaja. Alhamdulillah....phew... lega rasanya mendengar berita ini. Sbb emak kena lakukan small operation. kalu tak mau mkn 4-5 jam.

20/7/2009
Balik kerja, aku & hubby terus ke bas stand Larkin tuk amik emak, ayang & Eman. Mula2 aku ingat nak masak je bila sampai umah. Aku dah ckp kat hubby yg aku nak masak.... tp, emak ternmpk stall jual nasi lemak yg aku pernah cerita kat dia... sedap bangat. So, aku tak smpai hati la pulak... aku pun ajak hubby beli. kami bungkus je... mkn kat rumah ramai2... hmmm sedap. Mlm tu emak pun bersiap sedia pack brg tuk admit kat kospital esok. Aku sempat pula mintakan emak masak bubur durian.. teringin sgt.

21/7/2009
Aku bgn tido je... terus ke dapur. Wah... emak sdg goreng cempedak. Hmmm semerbak harumannya. Aku buat air + terus mkn.. sedapnye. Rupa-rupanya emak nak mkn nasi lemak. Aku pun kejut ayang dan suruh dia gi beli di bawah. Pergilah ayang & eman. Hubby dashyat... lmbt giler bangun. Nasib baik emak kena register before kul 12 pm. Sbb tu aku tak kisah sgt lambat2 ni. Dkt2 kul 11 am kami pun bertolak. Mak aii, jln jam gile. Mata aku ni asyik memandang jam je. Takut terlepas kul 12. Alhmdlh, kami smpai on time. Sampai je terus kami gi register. Walaupun tak de guarantee letter dr abah, nasib baik ada original abah punya document bekas keje tentera. Dpt emak masuk 2nd class. Excited giler aku. Tp malangnya 2nd clas dah penuh. Duk la kat 3rd class tp layan 2nd class. Ari ni Ayang jaga emak sbb aku ada husband and ada rumah yg aku kena jaga. Kul 2 pm aku, hubby and eman balik umah. Sampai je aku terus masak. ptg kul 5 pm kami pergi balik ke hospital tuk melawat emak. Angah pun ada di sana. Aku bekalkan nasi tuk Ayang sbb mlm ni dia akan jg emak. Kul 7pm kami pulang. mlm tu aku, hubby & eman tido di ruang tamu... huhuhu

22/7/2009
Ari ni adalah ari yg dinanti-nantikan... hari OPERATION emank. Kami semua bgn lmbt sbb letih sgt. Hubby & eman awal dah gi hospital tuk amik Ayang. Ayang tak sampai hati tuk meninggal ibu sendirian di hospital. Aku lak sibuk kat dapur. Kul 12 pm lebih aku, hubby & eman ke hospital lg. Ibu dah siap sedia dgn persalinan tuk ke bilik bedah... tgh tgu turn. Kul 1 pm lebih nurse pun dtg mnjemput emak tuk ke bilik bedah.


Emak masih mampu memberikan senyuman ketika disorong masuk ke bilik bedah

di sebalik wajah yg tenang tersembunyi 1001 persoalan


Hati aku takut sgt... tp aku terpaksa menunjukkan senyuman tuk bg semangat kat emak. Aku belum bersedia tuk kehilangan emak. Kami adik beradik mengikut emak sampai ke dewan bedah. Tp kami hanya dibenarkan tgu di ruang menunggu. Hubby tak abis-abis menyuruh kami berdoa tuk emak. Ayang masih mampu mengukir senyuman walaupun penat semalaman menjaga emak di hospital.


Sampai tertido ayang sbb keletihan


eman pun smpat berbaring dipangkuanku

Hampir 4 jam menunggu, emak pun dibawa keluar. Alhmdlh semuanya selamat dan emak mampu mengukir senyuman ketika memandang aku & eman. Emak kepenatan setelah di bedah. Sekarang giliran aku untuk menjaga emak. Ayang, eman, hubby & Angah pulang ke rumah tuk mkn & mandi. Mlm ini giliran angah tuk menjaga emak. Alhmldh aku dpt menjaga emak walaupun tdk sebaik emak menjaga aku. Aku tak kisah & aku tidak merasa geli tuk membasuh kencing & berak emak aku. Emak asyik berasa loya akibat perut kosong dan ibat bius yg diberi oleh doktor. Alhmdlh emak mampu berdiri dan berjalan dgn cepat. hampir kul 9 mlm, hubby, ayang, eman & angah sampai bersama bubur nasi yg aku kirim tuk emak. Kul 9mlm lebih kami pulang kerumah. Esoknya aku & hubby kerja.

23/7/2009

Pagi2 angah dah call ada good news katanya, emak dah boleh balik ari ni... Alhmdlh... terima kasih Allah. masa di opis aku menelefon emak. Alhmdlh.. ceria suara emak. Pukul 3 lebih ayang menelefon aku. Terkejut aku apabila ayang & eman hendak ke hospital. Berani adik aku yg sorang ni. Balik kerja, aku dan hubby bergegeas ke Kip Mart tuk beli ikan + sayur. Dpt juga kami beli ikan haruan walapun harganya RM12 seekor. Mlm jugak la kami ambil emak. Sampai di rumah aku terus masak tuk dinner keluarga. Aku berterima kasih sgt kepada keluarga Ah Yong. Mereka memberi bird nest tuk emak.

24/7/2009

Aku bgn tuk menyediakan sarapan. Emak berhasrat tuk pulang ke kmpung. Aku kalu boleh biar emak stay dgn aku smpai semuh tp eman masih bersekolah. Tgh hari kami pun bergerak pulang ke kmpng. Emak pula menunjukkan tanda2 demam campak. Selepas membeli brg2 emak kami bergerak pulang. Smpat singgah pasar malam. Mlm tu, aku dan hubby membawa eman ke Klinik Norris. Hmmm mmg demam campak. dpt la MC tuk isnin dan selasa.

25/7/2009

Aku , hubby dan angah plang ke JB.