Dah agak lama tak update blog ni... bknnya apa, mcm takde masa saje.
Tahun ni raya turn balik rumah parents hubby sbb tahun lepas dah balik raya rumah mak aku. Ni kiranya 1st time raya kat kmpg hubby la. Ni 2nd raya tuk aku ngan hubby. Untuk 2nd raya ni, aku ingat kami akan beraya bertiga, tp belum rezeki la nmpknya, still berdua lg. Takpe la... aku dgn hubby sabar menanti. Setiap yang berlaku hanya Dia yang tahu. Biarlah orng nak kata apa. Aku sentiasa berdoa semoga Allah kuatkan iman aku dan berika aku kesabaran dalam apa jua situasi. Tak nak cite pasal sedih2..
Raya tahun ni Alhmdlh... disambut dgn cara sederhana oleh kami.
Sehari sebelum raya kami dah cuti sebenarnya, tp sibuk mengemas rumah kami sendiri. Tak de la beli brg2 baru untuk rumah sbb barang yg tahun lepas pun still cantik & bersih lagi. Kami kemas rumah sampai berkilat. So, mlm raya baru kami pulang ke kampung, alah... tak jauh pun. lebih kurang 30-45 minit sampai la kami di kampung.
Malam tu kami (aku, Intan, Teh, Elin & mak) sibuk la di dapur, tp orng kuat di dapur adalah kak ipar aku, Teh. Mak tu kira mcm ketua chef la. Teh lak 2nd after mak dan yang lain2 tu assistant saja. Santapan tuk pg raya, kami sediakan ketupat, rendang daging, kari ayam, kuah kacang & lodeh.
Ahad 20/9/2009
Hari ini Hari Raya. Hari umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Aku dgn hubby memilih baju biru untuk tahun ni. Last minute pilih...hehehe. Selepas bermaaf-maafan, kami bergambar. Tapi malangnya tiada gambar beramia-ramai bersama sanak saudara sbb masing-masing sgt sibuk. Yang ada pun gambar sendiri-sendiri sahaja. Layan la foto kami yang cun-cun belaka kat bawah ye...
gambar gedik aku dgn hubby
inilah kami dgn baju biru (tema last minit)
with emak & abah hubby (parents in law aku la)
amik berkat pegang Erisya (baju dia kena je ngan tema aku)
amacam, mcm anak aku tak??
No comments:
Post a Comment