Selama seminggu rakyat Johor diminta berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Untuk umat Islam, mestilah bertudung putih untuk kaum hawa, manakala bersongkok + lilitan putih selebar 5cm tuk kaum adam. Bagi yang bukan Islam bolehlah memakai lilitan hitam di lengan atau bertali leher hitam.
Macam-macam telinga aku dgr, ada yang mengatakan ianya paksaan dan dikenakan saman sekiranya tertangkap. Ada pula yg ditempeleng....huishhhh... mcm2 yea... Nak percaya ke tidak... mcm tak percaya... mmg BOHONG pun... selagi tak nampak dgn mata kasar, aku dgn Mr. Suami tak percaya.
Hari ni aku buka email dan nmpak satu email bertajuk "Perihal Berkabung" sent by HR tempat kerjaku. Haaaa.... tiada paksaan pun. Ni ada keratan email tu:-
............................. "Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan.
"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka. Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.
"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya. ................................

Nampak tak.... jgn percaya kata-kata orng kalu mata sendiri tidak melihat, boleh timbulkan fitnah. Dosa fitnah sama seperti membunuh.... Ingat...
Pada pendapatku, bukan susah pun tuk berkabung. Setakat pakai tudung putih & bersongkok. Bg kaum hawa.... bertudung.... menutup aurat... tak salah rasanya. Lg manis jika bertudung (ayat Mr. Suami).... Tak susah la. Bila lg nak tunjuk taat setia pada Sultan. Bayangkan jika kita tiada Sultan. Apa yg terjadi pada bangsa kita.... hancur.... Tiada Sultan mgkin tiada Melayu... Aku berharap kuasa Sultan akan kekal sampai bila2....
Alhamdulillah dgn pertabalan Sultan Johor yang baru iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. .....DAULAT TUANKU....
2 comments:
bukan lamepun kan berkabung... 7 hari jek... bukan 7 bulan...
kat sinipn kecoh 2 hari lepas.. kata ade polis datang kilang mane tah.. tampar budak pempuan tak berkabung then denda RM300... tak munasabah langsung cite2 camtu dispreadkan..
betul tu Kak Yan... 7 hari je... tinggal brp hari je lg.
Post a Comment