Saturday, August 15, 2009

Adikku Ayang

Hari ini aku ada terima message dari ayang pukul 11.31 am menyuruh aku call dia. Mesti ada sesuatu yang mustahak. Selepas engage dgn Tn Haji Omar aku terus call ayang.
Panggilan dijawab oleh ayang dlm nada yang amat sedih. Dia sedang menangis. Pilu hatiku. Dia susah untuk menangis, tetapi setiap kali menangis mesti disebabkan oleh kawan-kawannya. Aku dah tahu ini mesti sebab ikin, room mate ayang. Mengapa dia sanggup buat adik aku sedemikan? Apa salah adik aku? Aku mmg dah benci ikin dari mula aku jumpa dia dan makcik dia. Aku seolah-olah dapat membaca sikap mereka. Tapi tak apalah, mungkin itu ujian untuk ayang. Ya Allah, Engkau tabahkanlah hati adikku untuk menepuh segala ujian dan dugaan selama dia berada di UiTM Puncak Alam. Berikanlah kejayaan yang cemerlang buatnya.. Amin.
AKu sedih sgt atas perbuatan ikin terhadap adikku. Mengapa dia mengatakan ayang 'take avantage on her'? Ayang takkan menggunakan barang oleh lain tanpa izin tuannya. Mungkin kami ni orang susah, takde laptop mcm orang lain. Handphone pun yang murah je. Tapi kami tak pernah nak minta duit orng. Mungkin ini dugaan kami. Alhamdulillah.. kami terima.
Ya Allah aku mohon padaMu, Engkau bukakanlah hati ikin. Berikanlah ruang dihatinya untuk menyimpan rasa sayang dan kasih sebagai sahabat untuk ayang.
Aku memberi cadangan kepada ayang untuk tukar bilik asrama. So, sekarang ni aku tunggu sajalah samada ayang akan tukar bilik atau tidak. Alhamdulillah ayang dapat interview tuk pengecualian bayaran hostel... Terima kasih Allah.

Saturday, August 1, 2009

Mom's operation

Setelah 4 bln emak & aku berulang-alik ke hospital, akhirnya doktor mendapati terdapat infection di rahim emak. Doktor kata pre-cancer tp bukan cancer tau.
Mula2 doktor kata nak buang semua rahim emak, tp tiba2 doktor decide untuk membuang bahagian yg terkena jangkitan sahaja. Alhamdulillah....phew... lega rasanya mendengar berita ini. Sbb emak kena lakukan small operation. kalu tak mau mkn 4-5 jam.

20/7/2009
Balik kerja, aku & hubby terus ke bas stand Larkin tuk amik emak, ayang & Eman. Mula2 aku ingat nak masak je bila sampai umah. Aku dah ckp kat hubby yg aku nak masak.... tp, emak ternmpk stall jual nasi lemak yg aku pernah cerita kat dia... sedap bangat. So, aku tak smpai hati la pulak... aku pun ajak hubby beli. kami bungkus je... mkn kat rumah ramai2... hmmm sedap. Mlm tu emak pun bersiap sedia pack brg tuk admit kat kospital esok. Aku sempat pula mintakan emak masak bubur durian.. teringin sgt.

21/7/2009
Aku bgn tido je... terus ke dapur. Wah... emak sdg goreng cempedak. Hmmm semerbak harumannya. Aku buat air + terus mkn.. sedapnye. Rupa-rupanya emak nak mkn nasi lemak. Aku pun kejut ayang dan suruh dia gi beli di bawah. Pergilah ayang & eman. Hubby dashyat... lmbt giler bangun. Nasib baik emak kena register before kul 12 pm. Sbb tu aku tak kisah sgt lambat2 ni. Dkt2 kul 11 am kami pun bertolak. Mak aii, jln jam gile. Mata aku ni asyik memandang jam je. Takut terlepas kul 12. Alhmdlh, kami smpai on time. Sampai je terus kami gi register. Walaupun tak de guarantee letter dr abah, nasib baik ada original abah punya document bekas keje tentera. Dpt emak masuk 2nd class. Excited giler aku. Tp malangnya 2nd clas dah penuh. Duk la kat 3rd class tp layan 2nd class. Ari ni Ayang jaga emak sbb aku ada husband and ada rumah yg aku kena jaga. Kul 2 pm aku, hubby and eman balik umah. Sampai je aku terus masak. ptg kul 5 pm kami pergi balik ke hospital tuk melawat emak. Angah pun ada di sana. Aku bekalkan nasi tuk Ayang sbb mlm ni dia akan jg emak. Kul 7pm kami pulang. mlm tu aku, hubby & eman tido di ruang tamu... huhuhu

22/7/2009
Ari ni adalah ari yg dinanti-nantikan... hari OPERATION emank. Kami semua bgn lmbt sbb letih sgt. Hubby & eman awal dah gi hospital tuk amik Ayang. Ayang tak sampai hati tuk meninggal ibu sendirian di hospital. Aku lak sibuk kat dapur. Kul 12 pm lebih aku, hubby & eman ke hospital lg. Ibu dah siap sedia dgn persalinan tuk ke bilik bedah... tgh tgu turn. Kul 1 pm lebih nurse pun dtg mnjemput emak tuk ke bilik bedah.


Emak masih mampu memberikan senyuman ketika disorong masuk ke bilik bedah

di sebalik wajah yg tenang tersembunyi 1001 persoalan


Hati aku takut sgt... tp aku terpaksa menunjukkan senyuman tuk bg semangat kat emak. Aku belum bersedia tuk kehilangan emak. Kami adik beradik mengikut emak sampai ke dewan bedah. Tp kami hanya dibenarkan tgu di ruang menunggu. Hubby tak abis-abis menyuruh kami berdoa tuk emak. Ayang masih mampu mengukir senyuman walaupun penat semalaman menjaga emak di hospital.


Sampai tertido ayang sbb keletihan


eman pun smpat berbaring dipangkuanku

Hampir 4 jam menunggu, emak pun dibawa keluar. Alhmdlh semuanya selamat dan emak mampu mengukir senyuman ketika memandang aku & eman. Emak kepenatan setelah di bedah. Sekarang giliran aku untuk menjaga emak. Ayang, eman, hubby & Angah pulang ke rumah tuk mkn & mandi. Mlm ini giliran angah tuk menjaga emak. Alhmldh aku dpt menjaga emak walaupun tdk sebaik emak menjaga aku. Aku tak kisah & aku tidak merasa geli tuk membasuh kencing & berak emak aku. Emak asyik berasa loya akibat perut kosong dan ibat bius yg diberi oleh doktor. Alhmdlh emak mampu berdiri dan berjalan dgn cepat. hampir kul 9 mlm, hubby, ayang, eman & angah sampai bersama bubur nasi yg aku kirim tuk emak. Kul 9mlm lebih kami pulang kerumah. Esoknya aku & hubby kerja.

23/7/2009

Pagi2 angah dah call ada good news katanya, emak dah boleh balik ari ni... Alhmdlh... terima kasih Allah. masa di opis aku menelefon emak. Alhmdlh.. ceria suara emak. Pukul 3 lebih ayang menelefon aku. Terkejut aku apabila ayang & eman hendak ke hospital. Berani adik aku yg sorang ni. Balik kerja, aku dan hubby bergegeas ke Kip Mart tuk beli ikan + sayur. Dpt juga kami beli ikan haruan walapun harganya RM12 seekor. Mlm jugak la kami ambil emak. Sampai di rumah aku terus masak tuk dinner keluarga. Aku berterima kasih sgt kepada keluarga Ah Yong. Mereka memberi bird nest tuk emak.

24/7/2009

Aku bgn tuk menyediakan sarapan. Emak berhasrat tuk pulang ke kmpung. Aku kalu boleh biar emak stay dgn aku smpai semuh tp eman masih bersekolah. Tgh hari kami pun bergerak pulang ke kmpng. Emak pula menunjukkan tanda2 demam campak. Selepas membeli brg2 emak kami bergerak pulang. Smpat singgah pasar malam. Mlm tu, aku dan hubby membawa eman ke Klinik Norris. Hmmm mmg demam campak. dpt la MC tuk isnin dan selasa.

25/7/2009

Aku , hubby dan angah plang ke JB.