Wednesday, May 26, 2010

Demama la pula

Hmmmm... baru seminggu je naik keje tempat baru, aku kini terkena virus dan demam. Since hospital belum beroperasi, aku ke Klinik Adham saja. Apa la nasib aku. Aku cadang tak nak MC langsung sampai la aku confirm, tapi apakan daya... terpaksa MC. Kepala masih blur lg gara2 drugs yg doktor bagi...

Lepas ni aku taknak MC lg..... Aku rasa ni mesti sebab kejap panas kejap sejuk. Mana taknya, kat CA ni office dia sejuk sgt... Air aku sampai berkabus time aku balik keje. Kat luar lak panas giler. Mungkin sbb ni kot. Tak pernah aku pakai sweater masa keje, tapi kat CA sweater jd teman rapat aku. Hmmm apa2 pun aku kena kuat... Doktor dah bg antibody kuat punya.

Hari ni rehat je kat rumah... layan internet sikit. Edit gambar. Tu je la keja aku...

Saturday, May 22, 2010

Columbia Asia Hospital - Nusajaya

Daku kini telah menjadi warga Columbia Asia Hospital - Nusajaya. Hmmm.. sekarang bz dgn training je. Training dgn Columbia Asia system - Care21. System ni mmg semua orng guna, dari patient start masuk hospital sampai la kuar, dari doktor sampai nurse dgn pharmacy, dari store keeper sampailah ke GM sehinggalah HQ. Aku ni plak tak biasa dgn assistant yg ramai. Kwn pun semua baru, nak kena mulakan dari awal. Kat sini we all treat as a family. Semua jenis senyum je.... Jumpa je say hi. Semua mcm tu. Aku still belajar tuk sesuaikan diri.

Makanan... mmg class. Columbia Asia tak mcm sepital lain. Dia ada cafe sendiri dan tak appoint orng luar tuk cafe tu, semua staff cafe mmg staff dia sendiri. Luckily CAHN tukang masaknya chef dari Hyatt Hotal. Setiap hari mkn ala2 hotel gitu. Cantik & leh tahan la sedapnya. Makanan pelik2 pun ada...

Senaman aerobik. Setiap Selasa & Khamis. Setiap department kena jd instructor. Aku baru masuk je dah kena jd instructor sbb 18/5 tu turn Finance Dept. Kelam kabut punya pasal, our GM - Puan Rahani yg jd instructor. Puan Rahani mmg concern sgt pasal health. Aku ni selalu je kena tegur dgn dia... sbb aku ni ada masalah BMI - terlebih la... Tapi aku akan cuba jaga kesihatan aku dgn baik... Insylah.

Aku harap CAHN akan jd tmpt kerja aku sampai la aku pencen. Dah masuk sini byklah target aku.... Hope semuanya tercapai... Amin.. Insya Allah...
Akhirnya aku dpt apa yang aku inginkan... Setelah berbincang dgn Mr. Suami, dgn persetujuan bersama akhirnya, we all pun decide tuk beli laptop & maxis broadband. Pasni senang la tuk surfing, connect dgn kwn2, byr bill (hmmm.. kena cari printer lak tuk print resit) dan mlm2 pun dah leh online. Thnx to Mr. Suami yg byk support daku. Tempat baru leh online tp tuk chating.. strictly not available. Maknanya kena blok la. So, mlm Khamis lepas yakni 20/5/2010, we all pun berjalan ke Landmark tuk search for laptop. Dgn tidak percaya, we all terbeli lak... yang murah je. We all beli Compaq je. Alhamdulillah... ok la. Maxis setakat hari ni not bad... laju la juga.

Monday, May 17, 2010

1st day

Huh... nasib baik bloggies leh buka. FB kena block.
Hmmm... today is my first day here. Hari ini bermulalah hari baru dalam hidupku. Aku kini menjadi warga Columbia Asia. Still tak percaya. Tapi inilah kehidupan yang sentiasa berubah tanpa kita mengetahuinya.

Sebenarnya, hari Jumaat lepas aku dah masuk 1/2 day. Just tgk2 dan get to know each other. Bagi aku ok lah... orng2nya ramah tamah. I picked tmpt duduk... Hmmm selesa la...

Kepada semua, doakan aku berjaya di sini. Kat sini leh la aku set target tuk kerjayaku....huhuhu.
Jap lg ada induksi...hehehe...

Tuesday, May 11, 2010

Counting Days: 3 days left

Huhuhu... lagi 3 hari:-

1) Mr. Suami akan hantar aku ke MIEL.
2) Aku akan bergelar MIEL staff.
3) Aku akan bekerja di MIEL.
4) Dah jgn tanya aku tak tau...

Lori oh Lori

Geramkan bila time nak gi keje jln jem.... Jalan ni bukan ada lampu isyarat pun, jalan pun tak simpang siur. Dulu jln ni la paling cepat tuk we all gi keje, tapi sejak Nusajaya buka... dah byk kete. Tapi ok lg la... tapi sejak ada construction tuk buat quarters ni (quartes apa ntah... gov kot or Iskandar), jalan rosak, tiba2 leh banjir kilat lak, pastu ada lori yg sibuk time org nak gi keje, bawa konkrit tuk rumah pasang siap itu... We all yg drive tuk gi keje ni kena bawa kurang dari 40km/hour. Pemandu lori ni kawan Mr. Suami lak tu (leh la pulak-kebetulan)...:D
Aku dgn geram & panasnya (sbb cuaca skrgkan panas) ambillah pic dgn mobile yg tak berapa canggih itu....
Inilah lorinya, bukan lori hantu (agak2nya sehari berapa kali lori ni tukar tayar???)

Tengok la, we all semua jd snail sbb yg kat depan tu.
Hope sgt pihak pengurusan lori ni buat kerja bkn waktu peak hour (waktu orng pergi dan balik kerja).

Monday, May 10, 2010

Counting the days: 4 days left

Kejap je masa berlalu... Lg 4 hari nmpknya...
Mcm2 perasaan ada... suka duka... huhuhu
Suka sbb mcm tak sabar nak rasa tmpt baru tp takut juga... I met Hamiza that day.... well, she seems a nice woman... Mr. Suami pun tak sabar nak tgk aku ke tmpt baru...

Kat company skrg... aku rasa kesian kat Diana sbb dia la kwn aku yg rapat kat sini... Bukn setakat tmpt keje je... dia la kwn rapat aku kat JB skrg ni... Suka duka aku cite kat dia. "BOSS... U better naikkan gj dia...." kalu tak aku bawa dia gi Columbia Asia.... sedih nak tinggalkan Diana.. bkn sedih nak tinggalkan MIEL....huhuhuh

Farewell....hmmmm ni lg satu. Aku rasa bersalah sebenarnya. Ikut hati mcm taknak... kenapa???? sbb aku rasa mcm tak fair... Still bermain kat pkran aku ni... Nape kat Jaja tak buat... tak sebut langsung pun... so, takde mood rasanya tuk farewell.... rasa UNFAIR sgt...